Susu formula

Hai ibu2, korang beli susu formula sebelum baby kluar atau selepas kluar?. Takut pula masa kat hospital nnti susu badan tak ada 😞. Kalau ada beli susu formula, korang beli brand apa? Sorry takde pengalaman sbb first mom. ##bantusharing #advicepls #pleasehelp #firsttimemom #firstbaby #firstmom #ingintahu

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau boleh masa duduk di wad jangan bagi susu formula puan nanti kena marah dengan misi 😂 .. saya 3hari duduk dalam wad masa 1st baby memang tiada pengalaman menyusu dan masalah puting tenggelam tapi ramai misi ajarkan saya untuk bagi lama2 ada juga dia isap ada lah juga dia berak atau kencing .. saya pun taktau yang baby kena menyusu setiap 4jam 😅 aduhai takda siapa nak ajarkan saya kat rumah puan .. orang kat rumah semua toxic suruh saya bagi susu formula je baby menyusu bf sampai 3bulan je puan saya terikut hasutan orang terus bagi susu formula , susu formula ni pulak puan kena try and error sebab tak semua susu ni bagus untuk baby nanti ada masalah boleh buatkan baby cirit ke warna berak berubah atau lain2 ..kena pandai cari , saya dulu bagi dupro sampailah setahun lebih ada meragam buat anak saya jadi sembelit tukar pulak ke dugro alhamdullillah elok lah juga berak anak sampai sekarang saya rasa nyesal sebab saya fikir saya seorang je ada masalah puting dan payudara pulak jenis kecik saya asyik fikir susu tak cukup padahal misi cakap susu sentiasa cukup je .. sekarang 2nd pregnant saya nekad nak fully bf sebab dah ada sikit2 belajar dari pengalaman sebelum ni .. alhamdullillah semoga dimudahkan urusan kita yer puan 🤲

Baca lagi