Susu baby setahun dan supplement

Hai ibu2, bulan depan baby saya masuk setahun, selama ni baby direct bf dan dia ada alergik product tenusu. Jadi nnti by the time dia dah masuk setahun, susu apa boleh bgi lagi ye? Saya mmg niat nak bf sampai 2 tahun tapi kan setahun dah boleh bgi susu fullcream kotak tu, cuma tu laa baby alergik pulak. Susu apa boleh ganti ye? Dan supplement apa boleh bgi kat baby utk naikkan selera makan baby? Baby makan biasa2 je tak banyak, dan ada hari dia reject taknak makan, sikit je makan. Baby saya biasa2 je, tak bam2. Masa 9 bulan berat 7.4kg, sikit je lagi nk masuk line kuning. Pastu saya dah lama tak timbang dia, nnti checkup setahun pulak, taktau laa berat dia mcm mana. Tapi FIL saya selalu ckp macam baby saya ni tak cukup makan, tak cukup susu. Sedih saya dgr hari2 bgi makan kat dia, dgn baby alergik tenusu dan gluten, mcm2 kena filter bukan boleh main suap je, hari2 tak cukup tidur sbb bf dia. Sikit pun tak bersyukur yg cucu dia tu sihat tak pernah demam tapi duk ckp baby saya tak cukup makan, saya tak bgi makan la.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

ank sy xblh susu tepung lembu..jd cirit n tubuh jd dedar..sy bg susu kambing

2w ago

ok baik terima kasih

Awak ada cuba bagi susu dalam botol dah ke

2w ago

tak pernah try pun sbb saya mmg nak direct bf dia sampai 2 tahun. cuma nak tahu alternative susu lain selain susu full cream kotak tu sbb nnti nak masuk 1 tahun kan dah boleh bgi susu full cream sbgai minuman tambahan lain dah tapi tu laa dia alergik pulak