sekadar perkongsian

Hai assalamualaikum. Alhamdulillah harini dah masuk 31weeks 6days. Jujurnya, dari awal kehamilan saya berasa gembira yang saya mengandung tetapi atas faktor saya belum menikah perasaan menjadi keliru. Bila tanya pendapat kawan, mereka suruh gugurkan. Saya berkeras taknak jadi saya simpan. Tapi lama kelamaan ujian makin bertambah buatkan saya rasa nak gugurkan kandungan. Dan saya akui pernah cuba menggugurkan dengan cara semula jadi iaitu mengambil makanan yang orang kata boleh menyebabkan keguguran. Namun, kuasa tuhan, kandungan masih sihat sampai sekarang alhamdulillah. Sepanjang tempoh kehamilan ni selepas saya buat keputusan untuk simpan baby ni saya dapat rasa betapa allah jaga kandungan saya ni dengan sangat baik. Saya hampir jatuh tangga banyak kali boleh kata tiap kali jumpa tangga mesti salah langkah dan nak terjatuh. Tambah rumah yang diduduki memang bertangga dan bilik kat atas dapur kat bawah jadi setiap hari memang turun naik tangga. Tapi setiap kali tu saya dan kandungan terselamat dan tak jatuh, buatkan saya rasa betapa sayangnya allah dekat kandungan ni. Kadang keluar tandas kaki licin dan hampir tergelincir tapi alhamdulillah tak jatuh. Disini saya hanya ingin menyatakan bahawa bersyukurnya saya allah jaga kandungan ni sampai sekarang. Saya dapat rasa dia adalah satu anugerah yang akan mendatangkan kebaikan kepada orang sekeliling in shaa allah. Doakan dia menjadi insan yang solehah dan berguna pada masa akan datang ya. Semoga ibu ibu diluar sana juga dipermudahkan segala urusan dan pada yang masih mencuba jangan putus asa.

1 Balas

Aamiin. Tahniah sis. Kasih sayang Allah tu Maha luas. Setiap yg jadi pasti ada hikmah. Sy doakan sis selamat melahirkan dengan mudah. Perjalanan lepas ni mungkin penuh liku, tapi sentiasa la letak Allah dalam hati. Bersama setiap kesusahan pasti ada penyelesaian.

Terima kasih banyak banyak sis ❤❤❤

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan