Pendarahan

#firstmom #ingintahu Salam sy ada check UPT hari ke 5 lewat period result positive,then hari ke7 sy check lg dgn brand lain pun positif. Tapi hari ni hari ke 8 waktu kerja sy tb2 datang period. Boleh bg pendapat☹️

Pendarahan
6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pula bleeding dah hampir 2 minggu lebih, on off keluar kadang banyak kadang sikit, tapi hari2 check upt masih positive, dan takda rasa sakit apa2 dekat rahim. 5-6w saya terus ke klinik untuk scan tvs nak pastikan bukan ectopic pregnancy. Alhamdulillah doc kata bukan ectopic, sbb kalau ectopic kita akan rasa sakit yg melampau. Cuma saya masih bleeding, upt juga masih positive. Doc bagi duphaston utk kuatkan rahim, dan kena tunggu 2 minggu lagi untuk repeat scan utk tgk perkembangan. Kalau awak ada rasa sakit ataupun tak sakit tapi risau, boleh pergi klinik/hospital yg buat tvs scan untuk tgk kantung ada atau tak, kalau ada rezeki kadang2 boleh nampak kantung seawal 5 minggu, boleh cuba kalau awak jenis risau dan overthinking macam saya 😅

Baca lagi
12mo ago

Maybe boleh teruskan check upt , doc saya kata kalau masih positive in syaa Allah ada rezeki, boleh ke klinik kalau risau. Cuma kalau betul keguguran , dalam masa seminggu dua upt akan jadi negative, nauzubillah

hi mommy, kalau awak period maksudnye awak chemical pregnancy. chemical pregnancy ni gugur di awal kehamilan setelah berlaku implantasi. kadang boleh jadi hormon tak stabil atau lain lain boleh rujuk dr. kalau keluar darah tu spotting sikit sahaja kemungkinan bukan period boleh jadi implantation blood. :)

Baca lagi
12mo ago

hari nie seharian xda dh darah… tp td lps buang air kecik dh kluar darah dgn darah beku☹️

mcm saya dah lewat 2hari check upt +ve. semlm check pun +ve tapi mlm smlm darah turun mcm period. pagi tadi pergi hospital scan kantung mmg takde, check upt hospital jadi -ve. dr kata kandungan mmg tak jadi mungkin sebab hormon.

12mo ago

harap ada rezeki lg… nie seharian xda dh darah… tp td lps buang air kecik dh kluar darah dgn darah beku☹️

Sy penah mcm ni, lepastu rupanya chemical pregnancy. Few days lepas tu upt mmg dah negative. Doctor kata sbb hormon, tp inshaAllah boleh lekat next round. But try monitor mana tahu rezeki awak still ada.

12mo ago

Hmmm. Ni mcm sy. Kat pad takde keluar pape tp bila buang air kecil terus keluar dgn darah beku tu. Takpaa awak monitor dulu and lepas dah clear sikit, try upt balik. Kalau positive tu pergi je check terus sbb masa sy haritu, doctor ckp if positive pun takut ectopic. Sy doa yang baik untuk awk ya

Saya pulak yg risau… first time mom jgk.. mase 6 hari tk dtg period mmg double line sgt terang.. 2 kali check…harini xdtg period hari ke 9 tpi tk continue check pregnancy… xpe ke?

12mo ago

Terima kasih

Cuba awak check sekali lagi. Boleh jd chemical pregnancy juga tu

12mo ago

Tak apa dear. Boleh cuba lagi. InshaaAllahhhh ada rezeki awak☺️