Masuk 14 minggu
Dah 14 minggu. Alhamdulillah alahan on off. Kejap okay. Kejap datang semula. Sampai kadang xboleh makan langsung. Makan je muntah. Moga terus diberikan kesihatan dan kekuatan oleh Allah. InsyaAllah. #firstmom Nak tanya soalan, apa yang momies akan buat bila org sibuk2 je nak ambik tahu hal korang? Sibuk tanya dah pregnant ke? Tanya kita xada ke nak story apa2. Bila diorang tanya pun, sy akan nafikan yg sy pregnant atas sebab baru je pregnant. Dan tak mahu apa2 perkara buruk jadi. Sampai sekarang pun sy masih xbercakap or hebohkan hal sy pregnant. Cukuplah keluarga je yg tahu. Dan keluarga mertua. #rimas