Saja nak meluah

Bila ada anak kecik ni, tambah baby high demand tak boleh dah nak bejalan mana pun.. Kena tunggu depa besaq sikit tu pun kena ikut mood depa. Kalau dulu kata nak p mana pun jom saja. Otak ibu dah tepu dok rumah, kadang rasa macam give up pun ada, tapi tak pala memang ibu dicipta berkorban untuk keluarga. Semoga pengorbanan ni di beri pahala... # kuatkan la semangat ku untuk tempuh hari mendatang. # kadang2 down jugak # huhuuu.. Sedihhh

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham bahawa sebagai seorang ibu yang mempunyai anak kecil, anda mungkin merasa tertekan dengan tanggungjawab dan tuntutan yang tinggi dari anak anda. Ibu sentiasa diharapkan untuk berkorban banyak untuk keluarga. Adalah penting untuk anda memberi tumpuan kepada diri sendiri juga, jangan ragu untuk meminta bantuan daripada keluarga atau menjaga kebajikan diri sendiri. Jangan malu untuk meluah perasaan anda atau mencari bantuan jika diperlukan. Anda bukan seorang yang sendirian dalam perjuangan ini. Semoga anda mendapat kekuatan dan semangat untuk menghadapi cabaran hari-hari mendatang. Ingatlah, anda juga manusia yang perlu memberi tumpuan kepada kesihatan dan kebahagiaan diri sendiri. Jangan ragu untuk mencari sokongan daripada komuniti ibu lain yang turut menghadapi cabaran yang sama. Saya yakin anda mampu melepasi cabaran ini dengan penuh kekuatan dan kesabaran. Teruskan berjuang dan jangan berputus asa. Semoga anda sentiasa diberkati dengan kesabaran dan kekuatan. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Be strong mommy! Anak saya pun high demand tp makin banyak saya bawa dia keluar expose dia dgn mcm2 makin hilang kuat meragam dia. This idea was suggested by her pediatrician. Dulu pun takut2 juga nk bawa keluar sbb lain mcm ragamnya tak sama dgn anak2 yg lain. Prepare mcm2 dgn susu lah kipas lah stroller lah nursing bra lah sebab sekali dia dah meraung mmg kurrrr semangat. Seawal 4 bulan saya kerapkan je skrg dah nak setahun dah suka dia p swimming lah main pantai lah. Malam tidur lena tak bangun sbb penat 🤣

Baca lagi

anak umur berapa? anak saya pun high demand tapi start habis pantang saya suka bawak dia keluar jalan depan rumah lama lama dia pula marah kalau dlm sehari tk bawak keluar jalan… try slow slow, jangan terus bawak jauh, paling jauh depan rumah pun jadi .. kalau duduk apartment try bawak jalan bawah☺️ kalau baby nangis tu, tu biasa.. saya pun dulu first takut nk bawak keluar sbb takut dia nangis je

Baca lagi