bole scan biasa ja.. kalau detail scan baik 20w ke atas.. sbb 6w masi kecik lagi.. nti buat detail scan, dr akn bgthu psl jantung baby, tulang, usus, muka baby, tgn kaki.. so kena besar sikitla baby baru dpt dapat buat detail scan. Kalau setakat nak scan biasa bole je sis.. cuma nampak kantung ja la masa ni
Pergi mana² klinik pun, details scan biasanya mereka sarankan 20-28 minggu. First trimester ni, janin baru nak membentuk, organ janin tak nampak apa pun lg. Kalau 6 minggu, baru nampak bentuk kantung dan degup jantung je. So utk 6 minggu, buat scan biasa utk confirmkan pregnancy je.
baru lg tu dear. mayb akan nampak kantung dgn heartbeat shja. utk minggu pertama ni,biasa buat scan biasa utk pengesahan pregnancy je. utk detail scan,blh buat 18w sampai 24week. depends pd klinik yg nk buat lah.
Baru sgt, Belum boleh lagi buat detail scan. Boleh 2d scan je. Untuk mommies, cuba search mana2 dulu sebelum bertanya ya.. musykil baru tanya. Sebb macam emm tatau la soalan..
boleh, Tapi mungkin akan nampak kantung sahaja 🤗 kalau nak puas hati, tunggu sampai 8 atau 9w untuk scan 🤗
Kalau sis nk tngk kantung dalam rahim, Boleh saja.
Belum boleh lg utk details scan