9 Balas
Saya bersalin pun vacuum. Doktor explain lah nanti bentuk kepala dia macam tu macam ni. Tapi bila dah keluar tu, elok je pula bentuk kepalanya. Pada mata saya elok je. Checkup dekat KK pun doktor tak cakap apa. Cuma dalam buku rekod baby tu doktor hospital ada tulis rekod kepala dia ada benjolan sebab vacuum. Tapi saya pegang tak de benjol pula haa.Sekarang baby dah 2 bulan 15 hari.
Mcm kes adik ipar saya dia pon lahir secara vacuum tapi benjolan tu bukan kat kepala tapi di sebelah pipi.masa lahir ada nampak benda tu kecik sahaja jee skrg baby dh masuk 7 bulan tak surut2 makin membesar. Dan jumpa byk doc mula katanya X de apa2 tapi skrg disebabkan makin membesar doc suruh buat MRI scan , tapi tak buat sebab baby baru 7 bulan tak berani nak buat MRI scan.
Anak saya pun vaccum tp takde benjolan dkt kepala . Lepas lahir tu tgk kepala normal je . Tp kalau ada benjolan pun Dr tu kata akan normal semula dgn sendirinya . Tp tak tahu pula kalau benjolan dah lebih sebulan baik sis bawa baby jumpa Dr .
Anak sulung sya vacum, tak perasan pula ada penjolan, ade sedikit saja kalau pegang2 kepalanya.. skrg dah dekat 3 tahun ok je kepalanya bulat.
Anak saya seminggu dah hilang dah benjol tu. Mak saya urut2 sikit kepala dia masa mandikan dia.
Sebelum saya discharge hospital haritu, doktor ada cakap setengah budak mmg ambik masa utk hilang benjolan tu sampai 1 month lebih pun ada. Nanti kalau awak check up dekat klinik, awak try tanya doktor ya
hi sis. macam mana ye dgn keadaan anak sis ? berapa lama ambil masa untuk kembali bulat?
Tak pasti sbb anak buah sy lahir vacuum nmpk ok je kepala dia. Skrg dh darjah 6.
benjol tu surut atau masih sama je? kena inform doc setiap kali checkup.
Doc akan check juga tu nanti. Insyallah, okay je tu. 🥰
Anak sy vacuum jgk tp xde benjolan kepala 😅
Nurul Aeyn