26 Balas
Ni pendapat saya lah.. Kalau sis nak susu dutch lady yang sesuai untuk ibu hamil maybe boleh ambil yang fresh or full cream tu. Sebab dutch lady ni ada banyak flavor kan. Yang flavor tu kandungan gula dia boleh tahan juga so better elakkan lah. Ambik susu dutch lady yang full cream. Better dari yang ada flavor sbb gula pun tak banyak. Takut ada effect je dekat kandungan gula dalam darah nanti.
Ok sis jangan risau. Asalkan dia susu inshaAllah dia elok untuk ibu dan anak. Tapi jangan ambik yang ada perisa tu sbb gula punya kandungan mcm tinggi kan. Better ambik yang full cream. Takpun yang low fat. Low fat tu ada kalsium which is bagus untuk tulang. Baby pun sihat and kuat je sbb ada nutrisi bagus dalam susu yang ibu hamil minum. So ya, susu dutch lady sesuai je untuk ibu hamil.
Nak cakap baik sangat tu takda la. Sebab kalau ambik yang ada perisa, kandungan gula dia agak tinggi. Susu dutch lady yang fresh milk atau full cream better kot. Sebab dulu saya pregnant adalah minum susu kambing dan air kotak dutch lady. Tapi perisa coklat..Duduk kejap tu, berat badan naik mndadak sampai kena minum air gula ..sangkut kencing manis..trus sy jarang minum air coklat kotak.
Bagi saya ok je kalau minum susu dutch lady waktu hamil. Takde kesan sampingan ke apa. Kakak ipar saya dulu tak boleh minum susu ibu hamil. Taktau lah rasanya tekak dgn perut tak boleh nak terima kot. So dia cari susu fresh untuk ganti. Tu dia minum susu dutch lady je masa pregnant. Alhamdulillah okay je. Kandungan okay takde apa apa masalah.
Saya awal hamil memang dah start minum susu dutch lady. Pagi sekali malam sekali. Time tu masih mencari susu untuk ibu hamil lagi. Tak tau mana yang okay semua. Saya minum dutch lady yang low fat punya. Letak dalam peti sejuk minum malam malam sedap je tekak hehehe. Sis boleh lah minum jangan risau susu dutch lady okay je untuk ibu hamil
Saya minum susu dutch lady masa hamil. Alhamdulillah okay sahaja. Saya tak boleh minum susu tepun yang khas buat ibu hamil tu. Perut tak boleh nak terima... Saya cirit birit je selalu. So saya tanya mak saya dia kata cuba minum susu segar mcm dutch lady tu.. syukur takde apa apa. baby pun baik baik je berat pun maintain
Okeyy je kalau nak minum susu dutch lady masa mengandung. Takde masalah pun just kalau boleh ambik yang full cream punya. Minum segelas untuk pagi. Then malam sebelum tidur tu segelas. Jangan tak minum susu langsung pulak. kesian ke baby nanti. Susu bagus untuk ibu dan anak so consume lah susu masa pregnant.
Baik je sis.. macam saya, masa awal-awal dah tau pregnant, terus beli susu dutch lady full cream. Yela, masa tu tak tau nak minum susu apa yang terbaik untuk diri dan baby. Lagi satu, masa tu pikir nak mudah je, sebab simpan dalam peti ais, pastu esok pagi, tinggal tuang dalam cawan dan minum. Memang sedap!
Boleh sis minum. Macam saya dulu, saya beli susu dutch lady yang low fat tapi size kecik ada 6 kotak tu. Haa.... So sehari minum dua kotak. Pagi satu kotak.. Malam satu kotak lagi. Saya kalau beli susu dutch lady yang kotak besar tu habis satu hari dibuatnya lagi lagi kalau sejuk hahahah..... sedappp!
Kalau minum susu Dutch Lady ni, better ambil yang Low Fat la sebab kalsium dia tinggi..Kalau yang full cream tu berlemak dan boleh tambah berat. Sejak berat saya bertambah mendadak hari tu, terus tukar ke Low Fat..Mula-mula macam tak berapa best, tapi lama-lama dah boleh adapt, sedap je rasa
Nur filzati