Berat Baby Newborn Turun

Hi baby sy masa awal2 lahir 2.8kg. 3 hari kemudian checkup kk 2.4kg. Dr nak monitor sampai dpt berat masa lahir. Skrg hari ke 26 tapi baby sy baru 2.75kg. Sy fully breastfeed anak. So far kencing berak dia semua ok. Kuning pun takde. Lagi berapa hari nak cukup sebulan. Huhu sy risau sgt sbb baca sepatutnya sebulan sepatutnya baby dah naik almost 1kg dari berat lahir dia. Ada tak mommies pengalaman mcm sy? Atau ada pendapat tak? Baby sy kalau menyusu mmg lama 20min per breast. #pleasehelp #bantusharing #firstmom #firstbaby

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

berat baby mmg akan drop time smgg lepas lahir sbb dah berak hitam keluarkan cecair dlm badan. sy dlu pam susu sbb nk tgk berapa oz dpt. combine dua dua breast dalam masa 30 minit pam dpt 6 oz. ni time 2-3 weeks after kelahiran baby. so sy assume baby cukup susu. sy bagi juga susu fm sbb anak kuning. berat anak 2.46 time lahir. cukup sebulan 3.4 kg which is naik 1 kg. skrg susu sy dh slowly drop dpt 2 oz je sebelah time pump. sbb sy jarang bagi anak bf. asyik susu fm je. so sy bagi bf dlu 15 mnit. kalau dia tk ckup, bagi sebelah lagi. sy akan picit picit breast nak tgk susu ade ke tak? sbb tkut dia isap tu tak de susu pun sebenarnya. so bila mmg tk nmpk susu tu keluar. baby masih menangis. sy bagi susu fm. 1oz - 2 oz topup dkt baby. sy tktau cara awak mcm mne. awak kne tgk lah susu awak betul2 cukup ke untuk baby? kne try pam atau tgk mulut anak tu time dah 10 minit ke atas meleleh ke susu dri mulut dia? atau dia isap isap main air liur je? tu pasal berat tak naik

Baca lagi

masa lahir baby sy 3.0kg.. selepas 3 hari.. drop 2.7kg.. dan kena tahan ward.. kebetulan kuning nya tinggi.. duk kat ward naik 2.7 lebih mcm tu.. memang baby sy menyusu lama.. tapi sy was2.. terus sy campur susu formula.. sekarang umur nya 38 hari dan berat 4.6 kg. alhamdulillah

kadang dia mengempel kat dada tapi belum tentu dia betul2 isap sis. sy dlu start pump masa dalam pantang lagi. sy direct feed plus botol juga. puas hati bg yg kita pump sbb tahu berapa intake dia. alhamdulilah berat bby ok and berjya bf baby smpai 2y

7mo ago

Masa hari ke 4 sy ada pump dan bg botol tp lepas tu dia taknak puting sy. Dr kata baby dah nipple confuse. So sy stop pump dan bg direct je. So far sy rasa dia isap byk jugak la sbb dr breast full terasa ringan dah dan bila habis menyusu sampai ttdo tu.. sampai meleleh susu keluar dr mulut dia. Tu yg sy musykil knp berat dia tak naik sgt padahal kerap nak menyusu. Kalau siang tu 30min - 1jam sekali. Cuma mlm dia kurang menyusu sikit dlm 3-4jam sekali

macam saya baby keluar 2.8, tapi bf susu tak byk. so berat baby drop ke 2.6kg. kena mix fm + bf. skrg berat 3.3kg. saya bagi susu kerap 2jam sekali. kalau tgh tdo pon saya kejut 🤣 hari rabu ni baru nak temujanji sebulan.

susukan tiap 2jam atau sejam sekali