Anak x nak makan

Baby saya reject bubur nasi, so untuk sementara saya bagi makan nestum utk baby tu. Masa first day baby mkn ok. Hari ketiga dia reject. Saya bagi nestum. Sbb dia reject tp dia lapar. Anak baru 6 bulan. Dan saya bekerja. Bila saya tanya dekat sini apps nih anak reject nasi nak buat mcm mana tp ada yg jawab kasar dan tak membantu pon. Anak belum boleh duduk elok lagi. Sekarang saya jadi stress bila anak xnak mkn bubur dan mkn nestum. Bila cerita kat org, org akan jawab bagi bubur la no salt no sugar. Tolong bantu saya. #ingintahu #seriusnanya #bantusharing #firstbaby #pleasehelp #firstmom #sharing

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, mom. Bertenang, jangan stress😊Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kalau baby awak reject bubur nasi. Awak boleh pelbagaikan menu yang lain tapi teksturnya mesti la bersesuaian dengan baby awak. Macam menu anak saya masa 6 bulan, berapa kali sahaja anak saya makan bubur nasi. Sebab saya jarang masak makanan melayu. More to western style. Hehe Kalau awak ada 4 Days Rule, itu tak wajib. Tapi awak kena pantau jika anak ada allergic reaction. Plus 6 bulan ni fasa untuk kita intro makanan pada baby. 1-2 suap pun dah dikira makan untuk baby 😊 Antara menu anak saya masa 6 bulan - Puree avocado + kurma - Dragon fruit. - Puree pumpkin - Puree sweet potato - Puree apple *Semua ni saya masak sendiri. Jadi no salt/sugar/MSG added. Banyak lagi sebenarnya menu yang boleh di pelbagaikan. Kalau awak ada FB, boleh follow happybabyfoodmalaysia. Anak saya pun belum boleh duduk masa 6 bulan. Saya duduk kan baby atas paha sambil saya suap anak. Kalau ada suami, suami yang pegangkan. Pernah saya duduk kan baby sendiri atas sofa, tapi saya letak bantal keliling anak dengan letak bantal untuk support dia. Ini cara saya la. Anyways dapatkan daripada suami selalu. Harap perkongsian saya membantu awak🌹

Baca lagi
8mo ago

3 anak saya sebelum ni, saya dudukkan dalam car seat baby.. sendal bantal spy dia blh duduk menegak tp tak la tegak sgt.. kang trgolek ke dpn pulak dia.. 🤭😅

tenang sis. anak saya pon 6m. xnk makan sangat. lepas setakat 3 ke 4 sudu. so saya pelbagaikan makanan dia sis. sy bg labu, bubur, nestum, epal, pear. tukar2. 6m baby bru belajar nak makan

sama la 😌