Kata2 positif

Assalamualaikum semua. Saya perlukan kata2 positif buat masa ni . Saya sedang mengandung 21 mnggu dan sejak seminggu yg lalu emosi saya terganggu disebabkan suami saya tiada disamping saya skrg(pergi latihan polis 6 bln) sejak suami pergi pusat latihan saya btl2 tak sihat sampaikan nak masuk makanan dlm mulut pun xda daya dan emosi sangat la tak ok 😞 saya taktau nk hadap macam mana . saya tnggl di rumah sewa kami dan beseorangan , terbayang2 suami ada dlm rumah tiap masa. Bila pikir kan ni anak sulung lepastu suami pulak takda disamping saya sehingga hari saya bersalin nanti 😔😔😔 brg ank pun tak prepare apa lagi. Saya cuba keluar dari rumah ambil angin tapi masih sama dan saya jadi rimas berada dikalangan ramai org. Hingga kan tiap kali bercakap saya mengalirkan air mata dan ni sudah hari ketiga saya tak masuk kerja sebab tak kuat lagi. #firstbaby #pleasehelp

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Walaikumusalam, situasi kita sama sis. Suami sy pun dalam latihan pegawai kerajaan. Setahun dalam tu. Sekarang baru 4 bulan. Memang boleh katakan hari hari menangis waktu malam sebab rindukan suami. Bila mengandung ni emosi kita jadi tak stabil, suami tak ada di sisi pulak tu. Apa sy boleh katakan, sis kena kuatkan semangat. Sentiasa fikir ada hikmah di sebalik ujian ni. Salah satu, rezeki berganda iaitu suami dapat masuk polis, sis pula mengandung. Sentiasa sibukkan diri untuk elak kita dari sentiasa teringat apalah nasib badan, dengan morning sickness, sakit pinggang, demam, sakit kepala, kebas kaki, selesema tak ada orang di sisi utk jaga. Apatah lagi mengenangkan nasib terpaksa berjuang berseorangan bila bersalin nanti. Sis kena kuatkan semangat demi baby dalam kandungan. Tak apa ambil cuti beberapa hari dari kerja untuk pulihkan semangat diri. Nanti dah masuk kerja dah mula sibuk, insyaallah rasa sunyi rindu tu akan berkurangan sikit. Sy doakan semoga sis terus kuat dan tabah ya.

Baca lagi