Jalan2 tu lama ke? Boleh buat mirepox. Tp saya tak pernah beri anak mirepox sebab nak maintain berat so prefer bagi fresh. If travel not longer than 3 days & menginap di hotel/homestay yg ada fridge, saya masak fresh2 siap2 kt rumah then letak dlm breastmilk storage. Breakfast anak biasanya oat buah, lunch dinner lauk sama bubur, snack pulak buah or pancake/cucur. Packing asing2 per serving & simpan dlm cooler bag dgn ice gel yg banyak (mine gabag, tahan more than 12 hrs depending on the bag size & ice gels qty). Bila nak bg anak makan dlm perjalanan, rendam dgn hot water few mins, cepat je suam sbb plastik kan. Hot water kt any restaurant boleh minta. Nk guna bekas kecik makanan baby yg colourful tu pun boleh tp makan space, bag tu saya isi sekali pinggan, sudu & sippy cup. Sampai hotel/homestay saya terus masuk fridge. Tahan 3 hari, saya working mom & saya prepare makanan anak mcm ni, tak masak everyday. Bab fridge ni sebelum buat reservation boleh contact hotel dulu tanya fridge provided or not, if not, boleh tumpang fridge kt kitchen hotel tak. Kalau both takde, takda choice lah kita mmg kena pergi pasar & masak. Kalau travel more than 3 days, masak siap2 makanan baby utk dia makan on the way mcm cara di atas. And for the next days, saya bawak semua perkakasan masak termasuk food processor, multicooker, beras, minyak, oat, tepung etc which saya pack kecik2 ikut portion berapa hari punya nk masak. Sayur fresh saya letak dlm cooler bag/box pack siap2 dlm ziplock. Carrot, kentang, bayam, sawi eg sayur yg mudah nk prepare & tak cepat sgt layu asalkan berada dlm cooler bag/box with ice gel. Protein pula sy bekukan dlm ice tray siap2 & letak ice gels super banyakkkkk, better guna cooler box terus utk isi 2 ni. And saya akan cari tempat menginap yg ada fridge no matter what. Saya jenis ada kekangan kalau nk ke pasar then tak dan nk siang protein bagai bila di homestay/hotel. So prefer bawa dari rumah. As for buah, bawa buah yg mudah nk peel (pisang, apple) & letak dlm fruit feeder. Or boleh beli buah potong kt rnr/kedai2 tepi jalan. Lagi mudah anak terus makan kita takyah peel (dragon fruit, tembikai, rockmelon). Beli extra pun boleh asalkan terus simpan dlm cooler bag/fridge bila sampai ke destinasi. If travel more than a week, better beli saja sayur & protein kt pasar. So far anak saya dah 9m dia okay dgn cara ni, which dia takde masalah cirit etc. Kalau ada better jgn follow takut badan anak sensitive. Saya masih buat cara yg sama time travel (saya kerappp travel), cuma Alhamdulillah anak saya dah makan nasi butir beras biasa since 8m so dah senang kt situ. Share nasi dgn parents dia je, saya hanya packing lauk berkuah for her lunch & dinner.
Waalaikumsalam. Cara saya, saya simpan bekal dalam thermal/insulated lunch bag. Saya masak sebelum keluar rumah. Simpan dalam airtight container atau apa2 container yang sesuai. Lepas tu letak dalam bag. Saya buat macam ni dari anak 6 bulan sampai lah 2 tahun. Kalau untuk travel overnight or stay in, saya prep bahan kering je. Barang basah saya beli kat tempat yang saya pergi tu. Saya masak guna food processor. Maaf, yang itu saya tak pasti. Saya tak pernah bekukan sayur atau buah. Just prep all the ingredients for a week. Sebab saya working mom. Nanti nak masak tinggal campak2 je.
utk sayur sy prefer masak yg fresh sbb sayur senang hilang nutrisi. setiap perubahan pd sayur tu termasuk potong basuh dah blh hilangkan nutrisi jd nk minimakan kehilangan tu. kalau nk beku kena blanching dulu, cerewet. baik yg fresh je @ beli yg sedia beku kat kedai. kalau sy dulu, 6m kan anak sy makan 1x sehari je, bercuti plk bkn seminggu pn jd hari gi jalan tu anak makan mcm daging ke ayam ke, sayur kacang panjang ke lobak ke, timun ke, buah mangga ke pisang ke kiwi ke strawberry ke blueberry ke.