Urine protein trace

Assalamualaikum, nak tanya ada tak yg pernah alami benda ni. Saya baru buka buku pink, lepas buat urine test tu nurse ada cakap air kencing tak normal, pastu bila tengok dlm buku pink tu dia ada tulis protein trace ni. Belum jumpa dr lagi jadi saya taktau punca/ sebab benda ni and mcm mana nak rawat. Siapa ada pengalaman boleh share tak? Bahaya tak? #bantujawab #firstmom

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sama sis saya pun dapat air kencing kotor. Nurse minta minum air masak banyk2 sebab tu kadang ada rasa sakit2 pinggang tu sebab air kencing kotor. So kalau nak elak tu memang kena minum air masak byk. Ni sebab puasa je x lalu sangat nk minum air masak byk2 jadi loya. Tapi bertabahlah kita semua boleh hadapinya doakan sis jugakkk

Baca lagi
9mo ago

Ohh yakaa kiranya memang punca ytama kurang air kosong la kan. Sebab saya pon mmg kurang air jugak, sekarang tengah paksa banyakkan minum air kosong dgn minhm barli kosong. In sya Allah semoga baik baik saja untuk kitaa sis

semuanya sbb kurg minum air masak je ni sis. saya dr trace keto high, protein okay. jd kne drip dan masa drip tu kne minum air masak banyak2. kne buat urine test then dh cantik bru boleh balik. kalau tak, kne refer Hosp. so minumlah air masak banyak2. kalau taknak protein or keto tak cantik huhu

VIP Member

Kencing kotor. Sebelum ambil air kencing kena cuci V dulu lepastu ambil air kencing pertengahan. Kalau lekat juga protein tu try makan air barli. Jangan letak gula, letak daun pandan bg wangi takpa.. Minum barli ni menjadi gak, sy pernah buat..

9mo ago

Sebelum ambik haritu pon buat mcm ni sebab nurse pesan mcm tu. Tapi tulaa memang perasan kurang minum jugak air, sekarang tengah cuba banyakkan air kosong n minum air barli kosong juga ni. Harap makin ok la nanti

kena minum banyak air putih,kurangkan air manis,mungkin klu teruk nti kena kencing kotor,sy pernah sekali je protein trace sbb kurang minum air sbb balik dr kg perjlanan jauh jd x nak balik2 bhenti buang air sbb tu x minum bnyk,

9mo ago

Tulaa saya pon perasan mmg kurang minum air jugak sekarang ni. Ni tengah usaha banyakkan minum air kosong n minum air barli kosong. Harap nanti checkup makin okay la

protein trace ni air kencing berbuih kan ? lebih protein dlm air kencing kn ke mcmana. lupa dh. sbb dlu ayah sy kena mcmni. Doktor kta buah pinggang xdpt nk tapis.

9mo ago

Takda pulak kencing buih tu. Hmm risau

banyak kan minum air masak. air barli tanpa gula pun bagus. juga jaga kebersihan selepas buang air kecil

9mo ago

Ohhh, okay siss nak kena beli barli la macam ni. Tq yaa

Kurang minum air sis , saya pun sedang alami benda yang sama. Air kencing kotor

9mo ago

Ohhh yakaaa. Semoga kita bsik baik saja. Sekarang tengah bnyakkan minum air barli kosong

kurang minum air masak boleh jd punca.

9mo ago

keep hydrated dgn air masak. barli kosong pun mmbntu

Puasa tu kurang minum air

9mo ago

Kiranya faktor utama sebab kurang air jela kann. Kena banyak minum air kosong la lepas ni. Tq yaa