SUSU FORMULA

Assalamualaikum mommy nk tnya,biasa kalau tuka susu,berapa lama yea nk thu yg bby serasi dgn susu tu ke x..contoh klau bgi susu N berapa lama yea kita nk thu sama ada susu tu sesuai dgn bby ke x,blh ke nilai serasi atau x melalui najis bby,klau najis bby warna hijau cmpur kuning tu kira x serasi ke..??#mohonbantujawabbunda

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Betul tu. Apabila bertukar susu sehari pun boleh nampak sesuai atau tidak. Apa yang kita boleh buat adalah bagi susu ikut sukatan yang dibernarkan dan lihat najis bayi. Kalau kerap berak pun bayi akan dehidrasi. Kalau meneran pun bahaya, sebab sembelit. Jenis warna najis pun kena cek macam puan tengok tu. Puan teruskan memantau. Harap dapat membantu. ☺️

Baca lagi

anak saya fully formula, tanya doktor pakar kanak2 dia kata normal utk baby fully formula taik warna hijau campur kuning / hijau saja. saya siap tunjuk gambar lagi😆 lagi satu dia kata kalau berak skali sehari atau dua hari sekali pun normal je. kalau lama sgt pastu kembung/tak kentut kena bawa jumpa doktor la. maybe susu x sesuai tu.

Baca lagi

hijau campur kuning tu sye rasa serasi lh tu , tapi cuba tngok hat lain pulak . ank ade meragam tk , perut kembung tk , mudah muak tk ? . kalau mcmtu kena tukar lh susu , bagi semua tu tkde kt dia . nurse ade cakap kt sye , taik baby yang tk elok kalau warna pudar . itu je lh setakat ni yang sye tahu

Baca lagi

depends, ada yg seteguk dah react