GDM , GBS ( saya buntu..risau..takut semua ada😣)

assalamualaikum mommies , saya ada beberapa soalan 1) saya baru dapat detect ada GDM dan GBS . boleh tak kalau nak bersalin normal? 2) boleh ke hilangkan GDM masa hamil?? #ingintahu #bantujawab #newmom

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi, first pregnancy saya macam awak. GDM on diet & GBS+. Alhamdulillah saya bersalin secara normal dan anak tak kena tahan wad. Kami discharged pada hari yang sama. Alhamdulillah bacaan gula saya pun kembali pada paras normal dan tak sangkut DM. Tipsnya ikut dan minta nasihat doktor. Apa2 terus bincang dengan doktor. Once kita ada GDM, kita akan dirawat seperti pesakit DM sepanjang kehamilan. 6 minggu lepas bersalin nanti, kena minum air gula lagi sekali untuk tahu sama ada kita sangkut DM atau tak. Jadi kena amalkan diet pemakanan yang sihat. Ikut 'Pinggan Sihat Malaysia'. Boleh Google untuk info. Nanti dietitian akan ajar cara pemakanan. Untuk soalan awak: 1) Boleh bergantung pada situasi semasa si ibu dan anak. 2) Tak boleh. Nak info lanjut, please work closely with your doctor. Semoga dipermudahkan urusan awak 🌹 Tambahan: - GDM on diet, doktor akan beri masa untuk bersalin sehingga due date. Tak boleh overdue. - GDM on med/insulin kena serah diri pada 38 weeks.

Baca lagi

ada je kawan saya memula dia sangkut minum air gula 1st trimester, doktor diagnose dia GDM. then dia minta repeat next week buat lagi sekali, tak sangkut, jadi doktor tarik balik diagnosis GDM dia 😆 nak hilangkan diagnosis tu maybe susah, tapi inshaAllah boleh control. kalau gula under control, inshaAllah boleh prevent complications dari GDM tu.

Baca lagi