bleeding @ spotting
hi assalamualaikum. kandungan saya baru cecah 5minggu 6 hari. kalau ikutkan last period saya la. saya belom scan apa2 lagi di klinik sebab usia kandungan masih kecil. saya hanya rehat di rumah je. cumanya tadi saya ada bleeding. nak cakap banyak tu takla sbb tak penuh pad tapi keluar darah la. sy first mom so mmg tktau apa2. saya pergi emergency doktor scan mmg tk nampak kantung apa semua sbb mungkin baru lg. buat tvs ikut bawah tu nampak tp kantung kecik sgt mmg tu pun jenuh doktor cari. so doktor ad cakap ni mungkin ANCAMAN KEGUGURAN @ SPOTTING di awal kehamilan. sy tk dibekalkan apa2 ubat cuma dinasihatkan utk berehat je. cuma dia bagi sy appoiment pada awal bulan depan utk refer pakar ibu yg lain pernah mengalami mcm sy tak? sy takut dan taktau nak buat apa. adakah kandungan sy berhasil ataupun akan keguguran ? #ttc2years