Masa 32w, saya ada kena keputihan and gatal². Masa checkup dekat KK, doktor ambil sample and bagi ubat insert. Bila insert ubat, ok dah. Gatal² hilang and keputihan dah tak de. Result makmal kata cuma infection bacteria biasa. Tp dalam sebulan lebih lepastu keputihan tu datang balik. Masa 38w, waktu checkup saya inform doktor and ambil sample lagi sekali. Doktor bagi juga ubat insert tp tak sempat guna sebab malam tu saya warded and esoknya bersalin. Tak sempat nak tau result dah bersalin.