1 Balas
kalau saya la kan.. masa newborn tu, saya beli pampes sais S. saya tak beli yg pampes untuk newborn. sebab baby masih bertali pusat. saya ni ngeri sikit tengok tali pusat dia. kalau pegang2 masa baby tu risau kut terpegang tali pusat dia. so saya pakaikan pampes sais S, saya make sure tali pusat tu masuk dlm pampes sekali. dan tak kemas sangat laa saya tapekan pampes tu di perut dia. lepas tu pakaikan baju yg jenis berbutang kat kelangkang tu, then balut sikit dengan kain bedung. baby ni xbuas. so xde la bocor even kita tak tape dengan kemas kat perut tu. baju berbutang atau jenis romper ni pada saya senang. nak cek berak ke.. nak tukar pampes ke.. just intai dan bukak sikit bawah tu je. bila tali pusat tertanggal sepenuhnya, barulah saya tapekan kemas, pakai barut perut dan pakaikan baju. uh, saya akan beli pampes yg jenis tape bukan jenis plastik tu. tp yg mcm ape eh nama dia. dia bukan kain.. dan senang nak bukak dan tutup.. bukak tutup tu. senang nak ejas. kalau tape jenis plastik tu leceh sikit. pastu material luaran dia mesti jenis breathable. ada jenis pampes murah2 tu yg luaran dia mcm plastik sikit. saya xsuka. sebab kulit senang nak melecet. sometimes anak saya malam kencing banyak sangat. so dlm kes tu malam je saya pakaikan pampes mahal. mamypoko. mamypoko ni ada 2jenis. satu yg murah. yg tu basic sahaja. dan satu yg mahal sikit. yg mahal tu kuasa serapan dia sangat hebat. kalau pampes mamypoko tu penuh sampai kembung2 gitu, kalau kita ambil tisu dan tekan2.. ia tak basah. so, pada anak saya yg kuat kencing malam saya pakaikan yg tu. wpun harga agak mahal tapi sekeping sampai ke siang. kalau beli yg biasa, tengah2 malam kena bangun tukarkan pampes sebab penuh. anak pun akan terjaga sebab tak selesa. paling teruk, bocor. uh no kena tukar cadar. faktor lain, ofkos hargalah. pampes skg ni banyak yg mahal2. uihh. brand selalu saya beli mamypoko basic ( harga kalau offer boleh pergi rm25 satu pek), petpet, drypers (ni kalau offer kaw2 baru beli. skg ni selalu nampak mahal je) saiz tu, biasalah. kena ikut berat anak lah. barulah muat dan senang nak pakai. ketika baby, saya gemar beli jenis tape. tapi bila dah stat membuas. dah stat pusing2 nak meniarap ke apa.. saya beli jenis pant. senang. sarung je dah siap. lepas mandi, acara nak siapkan anak ni mcm race. semua kena laju2. saya cerita sikit. sebelum nak mandikan newborn, saya akan siap susun lapisan demi lapisan. bawah sekali kain bedung, then barut perut, pampes (dah siap buka) dan kat tepi tu siap dah. ubat pusat, cotton bud (utk cuci pusat), losen, bedak, cologne johnson, sikat bagai. nanti baby dah siap je mandi, lap2. letak atas pampes yg siap dihidang tadi. maka acara race pun bermula. dengan baby nangis2.. tangan kita lajuuu je. letak tu, pakai ni, sapu tu. baby ni kena cepat. biarpun masa mandikan tadi dia dah siap kencing, tak mustahil kalau masa nak pakaikan baju tu dia kencing lagi sekali. tu yg kena cepat tu. anak saya ni ramai boy. apa lagi memancut2 kena tembak. uihhgh.. saya rasa, ramai lagi mangsa2 kena tembak dengan anak kat dalam ni kan. hehe. lastly siap2 bungkus bedung semua, terus peluk bagi susu, sambil nyanyi2 sikit atau sambil cakap2 dengan dia. 😊
Ms. N