kandungan 30 weeks

Assalamualaikum , ada tak yg sama mcm sy skrng mengandung anak kedua , dah 30 weeks . anak pertama saya czer , dah 2 tahun selepas czer saya mengandung lagi . skrng saya bingung dah 30 week tapi saya belum buka buku pink lagi , semenjak kehamilan belum pernah check khamilan smpai skrng bersebab keadaan tengah susah ( masalah pribadi ) . apakah sy di galakkan bersalin kt hospital ??? teringin sangat bersalin kt rumah sahaja , mudahan allah permudahkan nanti amin . #ingintahu #SeriusTanya #bantujawab kalau korang di tempat saya , apa yg patut saya buat ? betul2 keadaan saya tengah susah sekeluarga , saya tak dapat dan tak mampu berklinik

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

saya pun nak masuk 30w, anak kedua. yg first csec juga. saya pregnant semula lepas 20 bulan csec. seeloknya sis gi check up at least sekali dua untuk tahu status kesihatan ibu & baby. in case sebenarnya high risk, baby malposition ke, atau sis ada low BP ke, GDM ke, risau jadi apa2. saya bukan tak support homebirth. tapi nak homebirth ni kena ada ilmu, ada monitoring dari yg betul2 trained dalam hal tu, ada ambulans standby untuk ke hospital. in case ada complications apa2 ie shoulder dystocia, tali pusat terbelit, cord prolapse, tumpah darah ke etc, kena ada yg tahu nak manage mcm mana. seeloknya sis bersalin di hospital. sangat digalakkan buka buku ASAP. kalau tak boleh pun, jangan risau, hospital gov takkan reject awak walaupun tak ada buku pink. so nanti nak bersalin walk in je terus. moga Allah permudahkan urusan awak & baby ya 💜

Baca lagi

better bersalin kt hospital sis...sbb awak dlu czer kita x tau anak kedua ni mcm mna....tmbah lgi awak blum buka buku...klau bole buka buku and buat check up 30 minggu x lama dah nk tggu tu....sbb sya pun dah 30 minggu skrg... insyallah masalah lain tu boleh selesai....yg pnting awak dan baby sntiasa sihat insyallah

Baca lagi
TapFluencer

maaf tau, tapi pendapat saya better awak bersalin kt hosp. sis, tambah awak tak pernah check up, taktau condition dua2x mcm mana, risau juga. mcm mana pun keadaan, inshaaAllah Allah permudah segala urusan. awak bole minta tolong keluarga terdekat ke atau minta bantuan ke.

VIP Member

bg sy Baik awk g Klinik la Buka buku pink...Lps tu beranak dkt hospital...utk kurangkn risikol...skrg ni nk brank di Rmh bnyk risikol sis...sy doakn smoga awk diprmudahkan sgala urusan awk n baby sihat ibu pom sihat, selamat...aamiinn

Better awak pergi buka dulu buku pink di kk supaya senang doktor hospital tahu detail kandungan awak..bayar seringgit je daftar pastu awak cerita masalah awak pada misi supaya senang misi follow up awak

Maaf kenapa tak mampu ke klinik ya? Sbb susah cuti ke? Sbb klinik kerajaan cek free je.. semoga dipermudahkan segala urusan sis