Baling barang & tarik rambut sendiri
Assalamuailaikum.. anak saya berusia 1 tahun 24 hari. Alhamdulillah dah boleh panggil mama ayah, faham kegunaan sesuatu benda seperti sikat untuk menyikat rambut, seluar dia akan acukan ke arah kaki. Tepuk amai-amai, menari alhamdulillah dah boleh. Cuma ada yang menjadi kerisauan saya, seperti dia akan mencampakkan barang & juga kalau ditegur dia akan protes seperti tarik rambut dan gigit jari. Boleh ibu-ibu jelaskan adakah normal atau saya perlu take noted? Saya first mom. Terima kasih.