Kerajaan dan swasta

Assalammualaikum, saya nk tnya . Apa beza hospital kerajaan dan hospital swasta . Suami sruh bersalin di swasta tapi ... spupu ckp "bersalin je di hospital kerajaan , dua² hospital sama je layanan dia tkde beza" . Betul ke hospital kerajaan dan swasta tiada beza ?? 😅 #ingintahu #firstmom #firstbaby

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy tak rasa sama.. walaupun sy blm ada pengalaman bersalin swasta tp suami nak the best utk awk, dia offer amik je sis. Mungkin cousin awk jeles. FYI betul sakit bersalin mmg sama je bersalin mana2 pun cuma layanan yg dpt pasti lebih berbaloi dgn harga yg dibayar. Bukanlah bermaksud hosp kerajaan ni teruk layanannya sbb pengalaman sy Dr, dan nurse layan ok je.. cuma down side dia mcm yelah pesakit yg ramai, tunggu giliran lama. pastu cm sy dlu czer, anak lak masuk NICU. Nak susukan dia terpaksa jalan sendiri masuk ward NICU jumpa anak sbb masa tu covid. Naik weelchair sampai depan ward NICU je. Tanpa ditemani sesiapa sbb sy sorg je boleh masuk. Seksa sgt nk jalan dlm keadaan czer. Dgrnya swasta ni lps bersalin nurse sendiri yg amik baby tu bawa kat kita. Nak melawat pun xde had. tu jela antara kelebihan2nya

Baca lagi

sy pernah bersalin gov n swasta.. bg sy kalau tiada risk apa better lah pergi swasta kalau mampu.. suami mak ayah bole teman tiap waktu..nurse baik doc lembut,bila time contraction dtg suami urutkan blkg, .mknn sdp..bole mntak epidural..leps bersalin baby masuk nursery nurse jagakan bg susu, kita rehat je dalam ward. pengalaman gov. alhamdulillah dpt nurse yg baik2. cuma doc bertukar2 dtg jd pening xbole nak relax,suami pulak bole dtg time waktu melawat je.. bila sakit contraction dtg xde suami@family bole urutkan.. tp gov tetap best ward 6 org 1 bilik ada kawan..kawan katil sebelah pn baik2.. mknn biasa2.. baby kalau xde masuk nicu lepas lahir nurse terus bg baby kat kita utk bg susu..agak kelam kabut kalau first mom. tp 22 best pengalaman.

Baca lagi

beza dari segi kos dan layanan.. sy sebelum ni checkup kk , jenuh menunggu, kdg nurse pulak kerek, bersalin kerajaan husb tak boleh teman selain waktu melawat.. masa bersalin pon tak semua keadaan husband boleh teman . berbeza dgn swasta, checkup tk pyh lama2 tggu, nurse n doktor sgt lah baik layanan.. bersalin nnti husband boleh teman 24/7 depends on package kat hospital tu, malam2 boleh rehat sbb baby kat nursery.. kalau berkemampuan, pergi je swasta..

Baca lagi

Kalau awak takde masalah apa apa boleh je bersalin swasta. Lebih selesa dan InsyaAllah pengamalan yang best. Bersalin gov pon takde masalah jugak cuma husband takleh laa tido sebelah temankan. In case bersalin ada risiko takyah tukar hospital dah. Apa yg saya tahu kalau awak ni berisiko and bersalin swasta at the end dorg akan tolak ke gov jugak. Ni apa yg saya baca lah. Jadi pilihan di tangan anda 😄 buat lah pilihan yg terbaik.

Baca lagi
6mo ago

Ohhh yeke. Maksudnya kalau dah ambil swasta tu in case ada masalah pape time bersalin dorang still proceed? Kenapa ramai yg cakap akan tolak ke gov jugak kalau swasta tak boleh handle? Kalau camtu ok lah takde lah bazir duit. Kita bukan apa takot burn je deposit. Mostly dgr tak boleh bersalin swasta atas sebab tertentu and kena ke gov jugak huhuhu. Yelah duit tu mmg penting lah kalau takde duit bukan bersalin swasta namanya 🤣

Cousin awak taknak suami awak mewahkan awak dgn keselesaan kot. Kalau mampu, sila lah ke swasta. Ambil single bedded. Husband boleh teman 24/7 tidur sekali dgn kita. Layanan nurse doctor di gov ni ikut luck tp kalau di swasta, doc nurse tak boleh tinggi suara pada patient walau sikit pun. Baby pun duduk nursery malam2 so mommy boleh tidur

Baca lagi

Swasta bayar lebih, gov bayar murah. Layanan berbeza. Swasta of course worth as what you pay lah. Gov tengok nasib la, kena dengan nurse yang kerek, suka bebel, pekak kan telinga je la. Swasta nak duduk 3hari pun boleh. Gov kalau dah beranak, dr ckp dh blh discharge, terus discharge. Husband takleh teman sepanjang masa.

Baca lagi

Cuma nak cakap layanan swasta lebih baik dari kerajaan.. Kalau kerajaan ikut luck masing2 kadang ada nurse yg baik kadang ada nurse yg kerek.. Tapi apa apa pun ikut kemampuan awak sis. Kalau mampu better pi jela swasta suami pun boleh teman selalu.. Kalau kerajaan ni time melawat je suami atau boleh masuk

Baca lagi

terima kasih akak² the asian parents, semua kongsi pengalaman manis dan pahit di hospital .. baru tahu . kalau bersalin kerajaan dpt nurse garang² risau juga mental tk kuat 😭 , dh la first time ! nervous sgt !! . terima kasih kakak² smua ❤️🥰

Tak payah dengar cakap org, tgk kemampuan awak. Kalau swasta kita bayar lebih memang serve pun lebih lah, kalau kerajaan mcm org ckp crowded juga lah ramai org beranak, nurse ada garang tk garang.

pengalaman (bersalin kerajaan) bersalin normal rm19 / czer Siap tambah darah 1 bag rm160 (4hari).. member bersalin swasta czer br2 nie total hampir 15 ribu ibu + anak (3hari)..

6mo ago

skrg bab kos husb ngn doctor swasta tu dh kawtim , alhamdullilah settle . saya nk tahu layanan dan suasana je 🥰 . first time ni nervous sgt 🥹