Assalammualaikum.. Hai semuaaaa
Saya nak kongsi sedikit tips utk ibu-ibu baru yg bakal bersalin. Kalau yg bersalin normal & ada koyakan sure kena jahit kan. Nanti hospital akan beri ubat kuning. So nanti mommy's boleh standby kan botol spray ni, bubuh ubat kuning dlm tu. Yg ni sy beli dekat Watson.
Setiap kali lepas buang air kecik @ besar.. Lap cik bunga tu kering2, nak lalukan angin kat situ pun boleh. Make sure bontot alas dulu. Kangkang lebar-lebar then spray ubat kuning dekat cik bunga. Then pki pad mcm biasa. InsyaAllah dlm seminggu baik dah jahitan tu.
Kalau bubuh ubat kuning dekat pad, lambat nak baik. Ubatnya pun lg byk terserap dekat pad je. Kena rajin spray ye.