6 Minggu Tiada Heart Beat Baby
Assaalamualaikum semua. Saya mengandungkan anak pertama. 5 Januari saya buat scan untuk pertama kali dan doktor beritahu nampak kantung sahaja dan masa tu baru 4 minggu. Hari ni pergi klinik untuk repeat scan sebab saya ada sakit perut dah ada cecair jernih campur darah sedikit. Jumpa doktor, doktor kata usia janin dah 6 minggu 3 hari. Tetapi doktor kata janin tiada heart beat. Kemungkinan besar kandungan tak menjadi dan keguguran. Doktor ada bagi referral letter untuk ke hospital. Saya buntu apa patut saya buat? Adakah memang betul saya sudah keguguran. Atau saya perlu tggu? Atau usia kandungan saya masih kecil sebab itu tiada heart beat lagi? Siapa ada pengalaman macam saya boleh kongsikan pengalaman. Saya rasa down sangat sekarang. #firstbaby #firstmom #pleasehelp