6 Balas

Start baby usia 3bulan dah ada ubat sis tapi kena under prescription dr ye. Baby saya pun bulan ni nak masuk 5bulan. Skrg 4bulan17hari. Baru-2 ni demam (maybe berjangkit dengan ahli keluarga yg lain). Saya terus ke hospital. Dr check paru-2 still ok & clear. Nafas pun ok, tak terlalu laju sangat. Cuma dr suggest suruh sedut kahak sbb kahak bnyk dekat tekak & hingus pun meleleh-2. Dr bagi ubat demam & ubat cair hingus. Lebih kurang 3 kali kena sedut kahak (2 kali sedut kahak di klinik biasa, dr ada bagi ubat antibiotik). Selain dari tu apa yg saya buat adalah, pantau suhu baby (setiap beberapa minit mesti monitor suhu). Kemudian, mandi mcm biasa (dua kali sehari pada waktu pagi & petang menggunakan air suam-2 panas gitu cuma waktu pagi selalu cuaca sejuk jadi saya akan lewatkan sikit waktu mandi.. biasa mandi dalam pukul 9 lebih mcm tu, bila tngh demam saya mandikan dalam pukul 10 ke atas). Saya akan pakaikan dia baju yg berlubang-2 & longgar-2. kadang bila suhu badan terlampau panas, saya akan bukak baju & seluar dia (bagi pakai pampers je). Kadang waktu siang, tambah-2 dengan cuaca panas ni saya hanya pakaikan baby seluar je.. baju tak pakai. Saya akan ambik kain tuam dekat badan baby (masa dekat hospital, dr advise tuam dengan air suam-2 je jngn pakai air sejuk sbb boleh trigger suhu badan naik lagi tinggi). Selain dari tu, saya akan tampal jgakk coolfever dekat dahi @ belakang badan, sapukan vicks khas utk baby. Saya standby sterimar jgakk. Lepas je minum susu, tunggu dalam setengah jam mcm tu baru bagi minum ubat. Alhamdulillah baby dah tak demam cuma selsema & batuk kahak ada sikit lagi. Besok dah nak kena cucuk 4bulan. Harap-2 baby tak demam lah. Skrg ni musim org sakit & penyakit pun mudah berjangkit. Struggle sangat jaga baby sakit ni, dia punya demand tu Allah je thu. Kita ibu-2 kena sentiasa alert dengan persekitaran semasa. Tngok dia kena sedut kahak pun saya boleh menangis sekali. Biar lah kita yg sakit, jngn baby sakit. Huhu.

Apabila anak anda mengalami demam, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk menurunkan suhu badannya. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan: 1. Mandikan anak dengan air suam atau sejuk supaya suhu badannya turun. 2. Menyekatkan baju anak dengan basah untuk membantu menurunkan suhu badannya. 3. Pastikan anak banyak minum air supaya tidak dehidrasi. 4. Jika anak sudah masuk 5 bulan, anda boleh memberikannya ubat cecair yang sesuai dengan dos yang betul. Sebaiknya rujuk kepada doktor untuk mendapatkan preskripsi yang betul. 5. Memberikan makanan yang berkhasiat seperti bubur atau sup untuk meningkatkan sistem imun anak. 6. Jika demam anak tidak turun atau berlanjutan, segera dapatkan nasihat dari doktor untuk penilaian lanjut. Selain itu, adalah penting untuk memantau suhu badan anak dengan betul dan memberikan perhatian yang sewajarnya. Jangan lupa untuk memberikan rawatan yang tepat dan memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada anak anda. Semoga anak anda cepat sembuh dan sihat kembali. #SeriusTanya #bantujawab https://invl.io/cll7hzz

Ubat atas prescription doktor sahaja. Cara saya setiap kali anak demam. Sekarang dah 2y++ masih lagi guna cara yang sama. - Pantau suhu setiap 4 jam. Guna thermometer ya. - Makan ubat on time, jika ada. - Buat mandian lemon - Tampal Koolfever dicelah pelipat paha, ketiak, leher, pelipat betis. - Mandi macam biasa. - Jaga SOP. Pakai mask dan tak cium/gomol anak. *Jika suhu baby atas 38°C, segera ke klinik/hospital ya.

G klinik nti doctor bgi ubat..ubat demam mmg ada utk baby ..selain tu buka baju ank dan sentiasa lap2 bhgian blakang tengkuk, blakang badan, bwah ketiak & belakang lutut.. mndikn juga air suam2 biar lma sikit berendam.. jgn bgi vitamin/ubat tanpa preskripsi dri doctor

sy just gune mandian Tasneem lemon masa bb selsema n demam..lepas tu kerapkan nyusu.Alhamdulillah x larat demam just sehari.nk gune lemon pn blh

saya nak tanya , kalau anak batuk kahak .. ade cara lain selain sapu minyak asmak . tadi saya da cuba spray mamz oil dlm mulut die .

Guna sedut hidung je sis..pastikn kahak cair guna titis air garam klu klinik ada bgi bru sng sedut..klu lpas neb nti sedut terus dri hidung

Soalan popular

Artikel Berkaitan