Anak sy baru masuk 6 bulan. Kalau waktu siang, susah betul nak bagi susu & makan walaupun ikut jam sama setiap hari. Anak sy ni hanya nak direct bf dan taknak minum dari botol. Sblm ni bagi susu ikut demand, dan boleh nampak trend jam berapa dia akan demand tapi baru2 ni makin kurang demand dia.
Satu lagi, baby sy cepat distracted. So waktu siang memang sikit betul dia minum. Bila dah tidur, tengah malam asyik bangun je mintak susu. Mommy nya skrg dah jadi zombie sebab kadang2 baby bangun setiap jam sepanjang malam.
Apa lagi cara sy boleh buat ya? Apa sleep training yang boleh berkesan untuk kami?
(Masa injection 6 bulan hari tu, berat baby hampir underweight)
#firsttimemom #help
Anonymous