Anak susah tido malam

Anak saya dah setahun. Start masuk setahun dia jadi susah tido malam. Bila husband balik kerja around pukul 8 malam, anak saya yang ngantuk auto aktif dan nak main sampai mata pun naik sembab. Bila dah selalu macam ni, masa dia tido malam pun terganggu sampai overtired. Setiap kali tido , setiap kali tu lah dia akan mengamuk and nangis sedangkan pampers, susu, dan tempat tido saya dah make sure kemaskan. Macam mana eh nak deal? Kadang kesian husband penat balik kerja, nak tido pulak anak nangis non stop even dah dukung dah pujuk. Setiap kali malam mesti macam tu. Sebelum ni kalau pukul 8 malam tu mesti dah tido. Nak kata siang dia over sleep tak jugak, setiap kali siang saya akan bagi dia nap dua kali and make sure setiap kali dia nap tu kurang dari 2 jam. Dia pun siang kalau main sangat lasak ans hyperactive, panjat tu ini, jalan sana sini. Tapi still malam hadap masalah tido? #pleasehelp #seriusnanya

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy pun pernah alami juga. Anak sy kalau tahu ayah die balik @ buka pintu, walaupun die dah ngantuk tgh menyusu n mmg dlm proses nk lelap, die mmg akan auto bgn n turun dr katil. Die start lah aktif balik. Solusi sy, sy ckp dgn husband, kalau husband balik pukul 8pm, lewatkan balik rumah 8.30pm @ 8.40pm. Bila anak dah deep sleep, br sy call husband suruh die balik rumah. Ataupun another option, awak tidokan anak lg awal. Kalau tahu husband balik 8pm, lpas je awak maghrib, awak start tidokan anak. So bila husband balik 8pm tu anak dah deep sleep. Biasa sy buat mcm nie mmg menjadi. Sbb anak sy pun dah penat seharian kt taska, so bila bw je masuk bilik die akan tido. Kecuali clash waktu ayah die balik, mmg die buka mata luas2 nk ajak main. Hahahaha.

Baca lagi