Nak stop vaksin atau tak?

Anak dah cucuk 3bulan. Tapi bila nak masuk 4 bulan ni, banyak fyp pasal vaksin penyebab autism, kdg2 daripada tak risau terus jadi risau. Apa pandangn ibu2 sekalian? Kerisauan dlm diri sebab kdg kita vaksin tiber jadi cmtu and kalau tak vaksin pula jadi penyakit lain pula. Susah nk buat pilihan sbb perkara ni bermain dengan kehidupan anak sendiri, ibu mana je yg tak rasa buntu pasal ni? #firstmom #ingintahu #bantujawab

Nak stop vaksin atau tak?
15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pertama sekali, saya memahami bahawa kebimbangan mengenai vaksinasi anak adalah perkara yang serius dan boleh menimbulkan banyak kebimbangan. Memang benar, terdapat banyak informasi yang berkaitan dengan vaksinasi dan risiko yang mungkin berkaitan dengannya, termasuk isu-isu yang disebutkan seperti autisme. Namun, penting untuk memahami bahawa kajian saintifik secara meluas telah dilakukan untuk mengkaji keselamatan dan keberkesanan vaksin-vaksin ini. Hasil kajian ini secara konsisten menunjukkan bahawa manfaat vaksinasi jauh lebih besar daripada risiko yang mungkin ada. Vaksinasi membantu melindungi anak daripada penyakit serius yang boleh berbahaya atau mematikan. Sebagai ibu, keputusan untuk meneruskan vaksinasi anak adalah satu keputusan yang perlu difikirkan dengan teliti. Saya akan menggalakkan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang dipercayai seperti doktor kanak-kanak atau pakar pediatrik. Mereka dapat memberikan penjelasan yang komprehensif mengenai vaksin-vaksin yang disyorkan untuk anak anda dan memberikan jawapan kepada sebarang kebimbangan yang anda miliki. Selain itu, bercakap dengan ibu-ibu lain dalam komuniti ini juga boleh memberikan pandangan yang berharga. Walaupun setiap keluarga mempunyai keperluan dan keadaan yang unik, berkongsi pengalaman dan maklumat boleh membantu untuk membuat keputusan yang lebih baik. Penting juga untuk diingat bahawa memilih untuk tidak meneruskan vaksinasi juga boleh membawa risiko kepada kesihatan anak, kerana ia boleh meninggalkan mereka rentan kepada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi. Akhir kata, saya ingin memberi sokongan kepada anda dalam membuat keputusan yang terbaik untuk kesihatan dan keselamatan anak anda. Jika anda masih bimbang, adalah bijak untuk berunding dengan doktor atau pakar kesihatan kanak-kanak untuk mendapatkan panduan yang tepat. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Saya faham kebimbangan yang kamu alami. Memilih untuk meneruskan atau menghentikan vaksinasi bagi anak adalah keputusan yang sangat penting dan tidak mudah. Tetapi, saya ingin memberikan sedikit pandangan yang mungkin membantu. Pertama sekali, penting untuk difahami bahawa kajian saintifik secara konsisten menunjukkan bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit yang boleh membahayakan kesihatan anak. Walaupun terdapat banyak cerita dan teori yang mengaitkan vaksin dengan autisme, namun bukti saintifik menunjukkan bahawa vaksin tidak menyebabkan autisme. Ini adalah mitos yang telah banyak dibantah oleh komuniti perubatan. Selain itu, dengan tidak meneruskan vaksinasi, anak mungkin menjadi rentan terhadap penyakit-penyakit serius yang boleh dicegah oleh vaksin. Ini termasuk penyakit seperti campak, campak jerman, dan rubella yang boleh menyebabkan komplikasi serius atau kematian. Bagi saya, sebagai seorang ibu, keputusan untuk meneruskan vaksinasi adalah penting bagi keselamatan dan kesihatan anak. Walau bagaimanapun, saya faham bahawa keputusan ini boleh menimbulkan kebimbangan dan kebingungan. Oleh itu, saya menggalakkan untuk berbincang dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan memahami risiko serta faedah vaksinasi bagi anak anda. Saya juga memahami bahawa setiap ibu mempunyai kebimbangan dan pemikiran yang berbeza mengenai perkara ini, tetapi keselamatan dan kesihatan anak adalah keutamaan utama. Jangan ragu untuk mencari sokongan dari komuniti ibu lain atau ahli perubatan untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk keluarga anda. Semoga perkongsian ini membantu! https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Anak saya pun vaksin juga utk 4 bulan . Sebelum vaksin tu mmg stress fikir nak cucuk ke tak sebab tengok dalam tt macam2 orang kata pasal vaksin ni . Takut sangat sebab saya taknak anak saya sakit . Tapi2 last2 tu saya vaksin juga anak saya . Tawakal je saya masatu sis . Terkumat kamit mulut saya kata aku tawakal je aku serah anak aku dalam jagaan Allah . And sampai sekarang pun tak berenti hati saya doa minta anak saya sihat lepas vaksin 4 bulan tu . Alhamdulillah takde apa2 buruk yang jadi

Baca lagi

Vaksin. Sangat penting vaksin ni. Jangan terpengaruh dengan agenda tikkktok tu. Kan dah banyak kes era sebelum vaksin macam2 penyakit. Smallpox, polio, pneumokokal dll. Ini semua fakta. Dah banyak kajian dibuat oleh pakar bertahun2. Dan yg mempengaruhi makpak kita skang based on video tular?? Sanggup ke biar anak sakit? Pastu ada jumpa tak video yg tak vaksin jadi macam2? Ofkos la tak. Nanti terbuka pekung sendiri pulak kan? Tepuk dada tanya selera.

Baca lagi
Post reply image

saya memilih utk vaksin anak .. klau ikutkan ramai yg anti vaksin . anak sy cucuk 4 bulan. Alhamdulillah. sihat. x demam. selsema je sbb perubahan cuaca. makin aktif lagi adalah.

anak saya pun dah cucuk, takde demam takde kesan sampingan apa pun. next week g checkup 5 bulan pulak. vaksinlah demi kesihatan anak

Sy pilih untuk vaksin & selepas vaksin sy akn tuam tmpt vaksin tu menggunakn air suam , hari kedua ank dh sihat da

ank sy ccuk 4bln isnin lps,demam sampai hr ni😭suhu tggi 38+ rasa mcm nk stop trus ja ccuk² ni😩

7mo ago

Normal utk anak demam kejap (dedor2 je) lepas kena cucuk. Lepas tu dia akan pulih semula naturally. Anak saya dah 4 tahun, complete vaksin. Alhamdulillah sihat & aktif. Takde plk kena autism. Mungkin autism anak2 lain kena tu atas sebab faktor lain, contohnya macam kerap screen time ke.

Alhamdulillah selesai dah cucuk 4 bulan alhamdulillah X de ape² kesan sampingan daripada vaksin.

7mo ago

Alhamdullillah. terima kasih puan. hopefully anak saya pun okay