15 Balas
baru 2 bulan, easy baby mmg akan rasa senang sgt jaga. tp jangan expect dia akan selamanya begitu. tunggu dia habis fasa newborn dulu at least, baru awak nilai balik. tengok perangai budak2 umur 1-2 tahun, sanggup tak awak layan tu 2x ganda, serentak? kalau anak beza umur setahun, nak susukan 2 anak serentak, tidurkan sama2, salin nappies 2x ganda. dan kalau pregnant skrg, awak akan hadap fasa anak mula melasak nak berjalan etc waktu awak tgh sarat. and badan belum pulih sepenuhnya jd expect kalau pregnant semula dlm masa terdekat, badan awak akan stress lebih dr yg sebelum ni. bahagia 2x ganda, tp penat pun akan 2x ganda. fikir dalam2, semua possibilities yg ada, timbang tara semua, sama2 dgn suami. kalau awak & suami betul2 rasa dah sedia, teruskan. once dah pregnant tak boleh patah balik jd fikir dalam2.
Terlalu awal awak. Anak baru 2 bulan+, maknanya awak baru 2 bulan+ lepas bersalin. Dalaman masih belum sembuh sepenuhnya. Jarak yang sebaiknya selepas 1 tahun 6 bulan ataupun 2 tahun selepas bersalin. Kalau anak awak fully bf, dia masih perlukan breastmilk, kalau dah pregnant lagi, nanti anak kena stop breastfeed awal dari sepatutnya. Bagi badan awak pulih dulu, boleh focus dulu dengan tumbesaran anak, etc. Tapi apa2 pun, berbalik pada awal sendiri, bincang dengan suami kalau masing2 dah bersedia untuk ada anak lagi.
kalau blh jg dulu kesihatan sis,luaran kita nampak ok tp dalaman blm lg..satu lg takut peknen y second tiba2 ada alahan n bila jd camtu ank y ada xblh nk handle.tp terpulang pd awk.sbb sy dah ada pengalaman berfikir mcm awk dlu..bg adik sbb ank masa tu sgt2 baik,tp x sangka dtg alahan sy jd x blh nk urus ank dgn baik n jd terabai,diri sy pn dah kelaut.lepas bersalin masa dgn dia terpaksa beralih lbh kpd adik sbb adik jenis y mmg kena bg perhatian n jenis berjaga mlm,siang.so sy penat sgt2.
btol sis.. penat bila kita ibu ni sorang yg handle.. if ada asben or fmly Kita tlg urus n jaga sekali oke.. x berat sgt beban. ni nk direct bf baby lagi.. layan anak nangis lagi. layan asben lagi.hahahah...
awal lagi awak, bby bru 2 bulan.. tp sy pun bby 7 bulan dah mengandung lgi, bby jenis baik je dua² tp time bby je laa.. skrg sorg 3 tahun n sorg 2 tahun.. kerja gaduh je 🤣😅😂 adehhh tp skrg duk tengah mengandung lgi yg nom.3.. rancang sendiri jugk, 2024 mmg rancang cuti setahun 😅😆.. papepun bincang dngn suami ye, mcm² mna pun peranan suami dlam membantu kita menjaga anak tersangatlah penting tau... takut nanti kita juga yg penat mental fizikal..
Sebaiknya puan jarakkan sedikit utk elakkan risiko kesihatan yg lain..sebab baru sangat bersalinnya tu. Ada orang yg hadapi masalah uri lekat gara2 usia kandungan terlalu rapat. Saya pun merancang sendiri, tapi alhamdulillah dapat jarakkan 2 tahun sebab suami juga bagi kerjasama. Lagipun kita tak tahu alahan macam mana yg bakal kita hadapi utk kandungan akan dtang. Takut kesian pada baby yg skrang
awal sgt tu sis, rahim pun belum baik btul lgi. klau mmg nk ank lgi atleast biar anak 1y6m keatas. tp masa ni fasa melasak, mmg kite akan penat sgt2. sye pun rancang sendiri jugak, pregnant balik masa anak 1st 1y2m. skrng dua2 dh besar 4y+ dgn 2y+. dia punya penat tu masa awal2 lps hbs pantang ank ke-2, jgn ckp la. belum dgn tantrum lgi. kdg2 jd burnout.
Hehehe jawapannya dah ada pd ayat sis sendiri. Anak tu "BARU" 2bulan, baby ni ada fasa2 dia tau. Kalau dah happy tak stress tak penat jaga, teruskan lah jaga sampai anak tu boleh berjalan. Badan pun tak pulih sepenuhnya lagi, macam kita jugak mental turun naik, ada masa sis okay saat ni, esok2 burnout jgn pelik😅
Anak saya baru2 lahir pun tenang je saya tgk. Sejuk perut pregnant. Skrg dia otw 2y, urat tekak ni mcm nk putus dah sis marahkan dia jadi tarzan 24/7. Tgh pikir2 camnelah nk bg adik ni ahh isau. Pulak tu dia masih nenen taknak wean off. Nenen plak gaya anak kangaroo all the time 🤣
2 bulan 17 hari..memang masih behave.. tunggu dia pandai merangkak,berjalan,memanjat.. that time memang semua dia nak explore..Tu belum ditambah dia start tolak makan.. serius penat + stress.. kalau betul² nak tambah. pastikan badan betul² sihat..persiapkan diri mental & fizikal..
awal lagi tu. 😅bukan nk doa tak baik, tp baby ni mcm2 boleh jd, boleh jd dia terus behave, boleh jadi dia tak okay nanti. so kita doa ja bagi dia terus okay. kalau tak okay takpalah, hadap ja. tp masih awal utk mengandung. at least 1y+ kalau nk mengandung balik.
Anonymous