22 Balas

mcm sy sbb ada talasemia trait. jadi hb mmg low. doctor bagitau if dlm range 10 tu dikira okay lg. below tu bahaya. asal sy consume maltofer. tp maltofer xberkesan dgn sy. walaupon doctor dh naikkan 2biji sehari. then doctor tukar ubat iron ferrous asal makan 3biji sehari kemudian doctor ambik sample darah utk test iron dlm drh. test iron dlm darah result okay. ferrous tu doctor trunkn 2biji sehari sbb takut terlebih dose iron. saya makan ganilia pagi. sebelom tido saya mkn ubt iron ferrous tu dgn air oren sunquick tanpa gula. last checkup haritu hb naik 11.

kalau saya semasa mengandung.. saya suka makan jmbu batu.. air oren suam/air masam² suam.. setiap kali mkan ubat doktar bagi mesti saya minum dengan air oren suam²/air masam² suam.. In Shaa Allah hb naik cantik.. lepas tu jangan sulam dengan air masak dulu.. biarkan dalam 15minit.. Baru saya sulam dengan air masak suam.. kalau saya setiap kali nak cek hb mesti saya makan jmbu batu dengan air oren suam.. sebab hb cantik.. 😊 selamat mencuba.. semoga awak dan baby sihat² selalu dan selamat melahirkan baby awak nanti.. aamiin 😊

1) mkn mknn yg tambah iron..klu bley hari2 kne consume.. yg palg snang nk amek buah la 2) jgn mkn/cut trus mknn yg bley rendahkn kdar pnyerapan iron dlm bdn cntoh kopi n coklat.. -klu mcm sye, sye mkn zincofer sblum tdo.. klu kdg2 tringin nk mkn coklat ke bende2 coffee ke sye mkn pg.. so x ganggu ble sye mkn ubt..Nurse nasihatkn gap 2 jam sblum n slepas mkn ubt tp sye gap kn lg pnjg dr tu

Banyakkan makan makanan yg boleh menambah zat besi mcm buah n sayur2. Minum susu masa perut tgh kosong. Jgn minum susu/kopi/teh/coklat/milo selepas atau sebelum makan buah. Bagi gap masa at least 2 jam selepas/sebelum makan. Sbb tu semua boleh serap zat besi. Kalau awak buka buku pink kat kk, awak boleh baca page belakang. Kat situ dia ada bgtau makanan apa utk stabilkan hb

saya makan iron tablet lepas tu tukar pd obimin sbb iron tablet habis stock.. mula² makan ubat selepas makan, tp HB makin kurang. lpas tu nurse KK sruh sy tukar schedule makan ubat sebelum makan.. jd sy amik initiative utk tetap kan schedule sebelum pkul 8 pagi mesti dh makan ubat. alhamdulillah cara tu sy dpt naik kan Hb paling tinggi dpt 13.8 bacaan HB.

Cuba minum susu kambing jenama Higoat...baru hb naik...sbb saya hari tu pun hb asyik menurun je...itupun sy dh cuba mcm2 makan kerang, bayam, jambu batu & delima semua tak jadi... Lsampai lah sy minum susu kambing higoat baru hb naik...tu pun dh cuba mcm2 ikhtiar...baru jumpa penyelesaian waktu kandungan sy dah 7 bulan :)

TapFluencer

saya makan buah jambu ja haritu.. mendadak naik... dgn minum air kelapa.. sbb saya ni jenis hb susah naik jugak... dari 9 dok 10 situ... sebulan sblm bersalin.. saya makan jambu batu ja dgn air kelapa sekerap mungkin dlm masa sebulan tu.. terus hb dari 10 naik 12

VIP Member

Saya makan iberet 1 biji pagi & 1 biji malam. HB maintain 11 selama 3 bulan. Pastu 2 minggu lepas Doctor suruh tambah makan Iron Tablet (mksdnya Pagi 1 Iberet + 1 Iron & Malam 1 Iberet + 1 Iron). 2 Hari lepas check HB dah naik 11.9.

Saya amal makan jambu batu, limau, sayur-sayuran, daging, kerang (kdg kdg) sbb ubat iron tu langsung tak boleh makan, akan muntah & pening. Alhamdulillah hb maintain 12 -13++ paling tinggi pernah dpt 14.

Cara sy, sy kerap makan buah jambu batu, tembikai, dan minum jus delima selain makan obimin yg nurse bagi. Sy kerap je minum kopi/teh/milo tp alhamdulillah hb naik dari bulan lepas dari 11.9 ke 12.2

Soalan popular

Artikel Berkaitan