VITAMIN KK

Ada tak mommies kat sini waktu preg tak mkn vitamin yg KK bekalkan? Takpe ke tak mkn? Sy selalu skip😢 Tak mmpu nak mkn dengam loyanya. Bila mkn bertambah2 loya..tak sanggup😭😭 #17week

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

ikutkan memang kena makan sebab takut apa yang kita naturally consume tak cukup untuk baby. kalau tak boleh makan, kena inform nurse tu nanti dia akan tukar. saya dapat zincofer, rasa macam besi tapi saya ambik sebelum tidur letak ngam2 dlm rongga and terus minum air. kadang rasa nak muntah tapi saya tahan je sebab saya tau baby perlukan. itulah pengorbanan seorang ibu dalam melahirkan umat manusia ❤️

Baca lagi
2mo ago

saya guna apa yang kk bagi je. setakat ni boleh je telan

sy awal pregnant ambik ganilia + acid folid yg kk bg. yg lain kk ada bg tp sy tak makan pun. tak boleh terima sbb mual teruk. dh msuk 16w hritu ada try obimin, stop ganilia. lagi tak boleh nak terima. asyik muntah ja. mual. then stop semua. amik ganilia balik. so far okay. tp ganilia kena beli sndri. kk tak sediakan. so skrgmng consume ganilia je.

Baca lagi

sme sis..saya pun x boleh nk makan...paksa makan..dalam 2-3 jam boleh muntah dan badan rasa tak sihat betul selagi ubat tu tak klua habis...ni kali ke 3 saya tukar ubat...kalau tak boleh jugak kne tukar lagi..apa pun kne bagi tahu nurse dulu...

2mo ago

Saya dulu pon macam ni .. nak muntah kalau makan vitamin tu waktu pagi masa perut kosong. Lepas tu saya makan malam sebelum tido baru okey. Ataupon sis boleh try maltofer. Vitamin tu rasa coklat

minta tukar dgn kk yg incharge. saya dulu zincofer takboleh. pasti muntah balik. nurse bagi acid folic,ferrus dan duobian. makan waktu pagi dgn jus oren sejuk. ok saja lpas itu. nak minum vitamin tu. minum dengan jus oren yg sejuk2 tips saya

VIP Member

sy pon xmkn.. bau pon x boleh.... mase nk 1st. kk bg amik. tp x mkn. sy dpt yg 3 jenis buat tu.. perhhh buat gile bau die... sy beli kt luar obemin. smpai bersalin kk xthu. sy x mkn ubt ni. now 2nd sy mkn ganilia dri awl ckp sy amik ubat luar.

2mo ago

ganilia ok ke awk? besar tak ubat dia? ada bau n rasa tak?

bgtau nurse, minta tukar ubat. sy mkn zincofer, loya tak boleh nk tidur. tukar maltofer (beli sendiri kt farmasi sbb farmasi ada yg tu je) pn samaa loya. so kk bagi iberet, suruh stop dlu maltofer. so far iberet ok dgn sy.

sy mmg dari pregnant anak first x mkn ubat kk..sy mkn iberet je..ni masuk kedua pun still consume iberet...sy x inform n mmg x ambk..just ckp kt nurse sy beli ubat iberet...depa senyp je

Sama sis , saya pun takboleh nak makan ubat kk . Sekarang ubat kk just ambik vit c je then saya beli maltofer kat farmasi . Hb okay , pape pun inform nurse kk ya

sy dpt zincofer. style sy makan sebelum tido n lepas je mkn ubat terus makan buah sikit. biasa buah jampu batu. setakat ni berkesan xmuntah

Awak boleh telan ubat dgn makan buah sekali. Lepas telan ubat , terus kunyah buah. Insyaallah nanti loya awak akan kurang..