Berat naik semasa mengandung

Ada tak kat sini yang berat dia naik lebih dari saranan dr tapi dia takde apa2 masalah . Gdm takde . Bp pun ok . Ada ke ? Effect kandungan ke ye ? #firsttimemom #Needadvice

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya BMI normal. Berat naik 3kg dalam masa 3 minggu. Dr suruh datang klinik selang sehari dalam masa 2 minggu untuk cek BP dan urin. Anehnya, saya bukan makan sangat. Makanan berat sekali je sehari. Yang lain2 tu adalah makan buah, biskut roti. Susu pagi dengan malam. Tapi masa saya balik kg hari tu memang makan banyak. Takkanlah makan banyak sehari dua berat terus naik banyak. Musykil saya.

Baca lagi

normal je sebenarnya naik berat badan ni cumanya kena kawal sikit bab timing makan dengan kuantiti , saya obes pun naik 0.56g pun nurse bising turun berat 2kg pun bising last2 doktor kata as long as tekanan darah ok makan je , doktor risau bila naik berat tekanan darah tinggi takut nnti effect pada baby kita baby kecik ataupun pra matang kandungan berisiko

Baca lagi
10mo ago

tak normal, tapi common. banyak berlaku tak semestinya normal. normal adalah berat yang disarankan.

Pregnant dlu sy kena mcm tu..lepastu kena minum air gula tp result ok takda gdm. Sygnye.. lg bbrp hari sblm due bp sy tiba2 naik mkn ubat pun tak turun. Tkda tanda2 pun mcm pening, mata kabur. Terpaksa e-czer. Doc sahkn sy PE. Skrg pregnant lg, awl2 doc dh bg aspirin dn calcium takut jd hal sama. So, sis sama2 kita jga pemakanan k.

Baca lagi

sama mcm sya, haritu naik 2 kg mngejut lepas tu doktor sruh mnum air gula alhmdllh okay tak sngkut gdm. second tym sya naik 3 kg kna seuh mnum air gula lagi dan sama jugak result gula darah smua okay. Cuma doktor sruh sya monitor Bp 2 kali semnggu sbb bapak sya ada history darah tinggi.

10mo ago

sama dengan saya . saya dua kali minum air gula tak sangkut . kena check bp 2 hari sekali jugak walaupun family takde history . tapi bp ok je setakat ni . cuma risau jugak berat badan naik mendadak ni

kita samaaaa takde masalah tadi dari pregnant 4 bulan skrg 30 minggu berat naik 3kg/bulan tak kurang tak lebih tiap kali check up. kk 2 minggu sekali since second tri. penat jugak lah tapi takkan nak puasa kan 🤧🤧

cuba timbang sebelum makan dengan selepas makan. jangan terkejut makan nasi, lauk dan air pun beza dah 1kg lebih. kalau ada masalah penghadaman, tak kerap membuang bayangkan lah berat naik berapa

kalau naik banyak risiko pre eclampsia

10mo ago

ya betul. saya banyak baca, banyak jugak tengok di fb dan tiktok. bila dah jadi macamtu terus kena bersalin