6 Balas

Pusat tali pusat yang belum tanggal selepas 28 hari boleh menjadi masalah yang mencemaskan bagi ibu. Anda tidak sepatutnya menarik tali pusat itu sendiri kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius. Sebaiknya, anda perlu menghubungi doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang betul. Doktor mungkin perlu menilai keadaan tali pusat tersebut dan memberikan langkah yang perlu diambil. Jaga kebersihan luka dengan teliti dan pastikan anak mendapat rawatan yang sewajarnya. Adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan dari profesional yang berkelayakan bagi menyelesaikan masalah ini dengan tepat. Jangan risau, kerana doktor dan pakar kesihatan boleh membantu anda menangani masalah ini dengan baik. Semoga anak anda akan cepat sembuh. https://invl.io/cll7hzz

Saya haritu pun pusat baby tertanggal separuh dan tinggal tunggul pusat macamni. Nurse KK suruh continue sapu je ubat spirit yg hospital bagi tu atau pun alcohol swab beli kat farmasi. Saya lap lap dengan alcohol swab setiap kali sebelum selepas mandi dan waktu tukar lampin, lama lama dia akan kering dan tertanggal sikit demi sedikit.

pergi klinik ye. sebab baby saya tempuh hari, hari ke-8 x tanggal lagi nurse suruh refer doc. dan saya refer doc hari yg sama sbb kebetulan check up baby. doc kata bg masa sampai hari ke 11. kalau tak kena investigate. takut ada auto immune disease menyebabkan dia tak tanggal sendiri.

Kalau tali pusat belum tercabut sepenuhnya kalau boleh jangan pakaikan barut.. takut sebabkan barut tu dia jadi lembab dah lambat kering... apa2 pun refer pada doktor, takut ada infection

Pergi klinik, ni tak normal. Takut ‘umbilical hernia’

Pergi klinik ya

Soalan popular

Artikel Berkaitan