Ibu yang kekurangan susu badan

Ada sesiapa ibu yang tak menyusu badan ke kat sini? Saya perlukan motivasi. Saya rasa down bila tak dapat bagi susu badan dekat anak. Kdg2 jeles bila nampak anak kawan2 lain bagi susu badan kat anak, dapat pam susu banyak2. Anak tak nak menyusu kat badan lagi. Anak baru usia sebulan lebih. Mungkin sebab keliru puting. Ramai pesan kat saya supaya jgn stress, masalahnya stress tu datang jugak bila susu badan tak banyak, anak kuat meragam, 1st mom banyak benda nak kena belajar, nak pam susu kadang pun tak sempat. Jadi saya nak minta sokongan daripada ibu2 yang bagi susu formula utk saya tak rasa down. 😭 #firstmom #bantusharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

macam saya dengan anak kedua, lepas lahir baby pisah dengan saya, xda rangsangan, susu lambat keluar,.. balik rumah tengok pampers baby kering nangis xboleh tido sebab haus lapar, suruh suami beli fm.. seminggu lepas tu baru susu banyak, tapi baby pulak dah nipple confuse, so saya pump. tapi sebab saya xda ilmu FM , saya xtahu anak saya kembung kerana FM, baby asyik nangis sampai xda suara, so saya xdpat jaga timing pump, sebab kejap2 baby nangis, saya nak tido rehat pun xboleh asyik bedukung baby, susu badan pun makin kurang. rupanya baby xsesuai susu tu, bila dah tukar FM baru baby elok kembung, elok susu badan saya pun dah kering ,sedih juga rasa, tapi xpa lah saya anggap ni semua hikmah dari tuhan. Apa yg jadi semua bersebab. sekarang saya ok2 saja.. baby baru 2 bulan.

Baca lagi
1y ago

kan sis. sedih tak dapat nyusu badan, nak buat mcm mana. dh cuba mcm minum booster utk banyakkan susu, tiba2 allergic pulak. hm. skrg ni baby sis minum susu apa? baby saya selalu masalah sembelit