10 Balas
Anak saya 8 bulan baru lepas demam suhu paling tinggi 38.6. Sama la taknak makan, tido pun tak lena asek terjaga. Hari pertama dia demam saya just lap2 badan guna kain lembab. Dengan bilik sentiasa on aircond. Sebab baby takde batuk selsema. Kalau selsema tak elok aircond. Malam pun sentiasa pantau suhu baby. Esoknya demam masih belum kebah, petang baru bawa dia gi klinik. Dr just bagi pcm makan setiap 6 jam. Hari ke 5 masih demam on off saya bawa gi hospital jumpa paed, cek darah untuk denggi sekali. Alhamdulillah negatif. Dr cek2 dr tanya ada cirit tak. Time tu memang baby dah cirit start hari ke 4. Ingat sebab dia tak makan sangat. Asek susu je tu najis cair. Tapi dr kata tu sebenarnya demam viral. Tanda2 dah nak baik, cirit dan akan keluar ruam kecik2 kat badan. Dr cek badan baby ada bintik2 kecik, dr kata tak payah buat apa dah. Esok baik InshaAllah. Demam viral biasa akan amek masa sehingga 7 hari demam on off. Esoknya betul Alhamdulillah baby sihat terus. Makan pun dah berselera semula 🥰
Ni cara saya ya. - Tak pakaikan baju. Hanya pakaikan pampers untuk baby even malam pun - Jadual ubat kena on time. Setkan alarm supaya tak terlepas. Ikut dos dan arahan yang ditetapkan. - Sentiasa lap baby dengan air room temperature. Lap di celah ketiak, leher, pelipat kaki. Saya juga ada tampalkan Kool fever di tempat tempat tersebut. - Makan minum kena jaga jugak. Nanti anak tak bermaya takut dehydrate. Waktu tidur tu normal. Kena bersabar. Boleh bergilir gilir dengan suami. Semoga baby cepat sembuh. 🌹
kena bagi ubat on time. kalau tgh pagi pon sama jugak. kena korban waktu tidor tu, lps tu boleh jerlum dgn towel lembab. lap seluruh badan sejam sekali. even tgh2 pagi buta, bangun dan jerlum bdn anak. kalau x larat, take turn dgn husband. ubat anak kena bagi jugak lagi 24jam ke 48jam even suhu dh turun. keep offering susu dgn air. waktu siang, mandi kan selalu. bagi makan buat yg watery, mcm tembikai ke honeydew utk kekal kan hydrated.
kalau anak saya demam / selesema saya kerapkan dia mandi air biasa . lepas mandi sapu lah minyak telon atau VickBaby di belakang depan dada baby , betis dan tapak kaki . malam tidur tak pakai baju just pampers kan je . Alhamdulillah biasanya kalau buat dalam 2 3 hari dah ok . Jangan bagi anak dehydrate . kalau boleh jugaa kerapkan makan minum baby
bila anak demam, kena korban tidur. banyakkan mandi dia, kemudian, boleh lap setiap 10 ke 20min. kalau dia 38 ke atas, setiap 10min. kalau 37 dan nampak turun baru setiap 20min. spray air selalu ke anak. tpi mesti lap2 badan dia jugak.
8 hari tu tempoh yang agak lama untuk baby demam. Nasihat saya untuk segera ke hospital. Risau baby dehydrated
try mandikan baby dengan air asam jawa, amek segenggam gitu letak dlm besen air
kerap mandikan dgn air suam,campur perahan lemon n ramasan daun bunga raya..
kain suam lap2 bdn baby. pkai cool fever utk bby, letak kt dahi/blkg baby
Demam lepas jarum imunisasi?
Anonymous