1 Balas

TapFluencer

Saya bersalin di HTJ tahun lepas. Masa tu masih baru sangat endamik di Malaysia. HTJ masih amalkan prosedur pandemik (saya dapat surat masuk wad daripada KK sbb IOL) ; 1. ibu kena buat saringan di khemah luar, sebelum masuk PAC. Lepas pemeriksaan di PAC, tunggu nurse dari wad panggil utk naik wad. Better dtg 8 pagi sebab pengalaman saya, yg masa tu tak ramai patient, dapat naik wad jam 12 tghari. Siap2 bawa lunch sendiri sbb nanti nak tunggu makanan wad pada petang. 2. Bila dah hadap prosedur induce selama 3 hari, dan bukaan 4 cm, doktor arahkan sedia masuk LR jam sekian2, call suami utk dtg, suami kena bawa swab test kit sendiri, bawa 2 kit supaya kalau invalid, boleh guna 1 lg. Bawa salinan IC, sijil nikah. Lepas C19 test, baru boleh masuk LR. Suami boleh masuk masuk keluar 3 kali je ye sepanjang dlm LR tu. Saya 7 jam dlm LR, suami keluar LR sekali utk solat Zuhur dan Asar. Akhirnya, saya kena emergency czer. Suami setakat teman dlm LR je tak boleh masuk OR. Wad bersalin tak boleh terima tetamu masa tu. Hantar barang melalui guard. Tu cerita tahun lepas. Nak tahu terkini, call je PAC tanya prosedur terkini.

Soalan popular

Artikel Berkaitan