9 Balas

Kalau baby demam memang x tido lah maknya. Cara saya 1. Sentiasa check temperature baby. Selalu saya ada group whatsapp between saya & husband. Dekat sana saya catat berapa suhu baby. 2. Bagi baby ubat demam. Lepas tu update dekat whatsapp group supaya alert jam brp last baby makan ubat. Biasanya gap 4 jam sekali. 3. Kerapkan lap badan baby. Setiap sejam sekali. Memang saya akan set alarm untuk monitor panas badan baby & lap. 4. Kalau dah makan ubat n dah lap, tapi suhu tetap naik ke 39, terus ke klinik/hospital berdekatan. Takut sawan pulak. 5. Catat brp oz baby menyusu. Takut dehydrated. Kalau yg susu badan, boleh catat brp minit tiap kali menyusu. Kalau sekejap dari biasa, boleh kerapkan offer penyusuan. Bagus ada group whatsap dan catat semua dalam tu. Kalau doctor tanya tak ada lah kita terkial2 nak bgtau doctor maklumat.

sy sentiasa spray kepala anak. time dia main bila nmpak dah kering, spray lagi. nak jelum mcm renyah nnt meleleh2 air. sbb tu sy suka guna spray je. badan dia pon sama spray depan blakang. celah ketiak ja kdg2 sy letak towel lembap. kjap2 sy raba badan dia part mana yg paling panas situ akan spray air lebih sikit. trutamanya belakang kepala. sbb situ yg mengawal suhu (medula oblongata) . Klau trlampau panas baru sy bg ubat + letak koolfever baby. klau masih panas lg smntara ubat nk brkesan, sy bg dia berendam dlm air suam. letak la itik ka apa ka bg dia main. rendam sampai la air tu menyejuk.

VIP Member

Ank sy lps cucuk 4bulan terus demam 1. Terus buka baju tido dia pakai then gamtikan dgn baju lubang2 2. Cek suhu badan 15m sekali 3. Alaskan kepala anak dgn kain basah 4. Letak Dr Fever 5. Renjis2 air dkt kepala & leher anak 6. Mandi air lemon Saya ots buat research kebahkan demam ni, doc x suggest utk ltk air asam jawa tkot berkerak katanya n nti mengalakkn bacteria, dh muncul masalah lain.

selalu lap kepala n badan dgn kain basah . especially blkg kpla & blkg leher tu . sentiasa pantau suhu dia pakai thermometer bby or temperature gun tu. klau tgi sgt cpt bwk g klinik . risau sgt bby demam ni. klau bole kite sndri turun kn suhu Dy. mlm pn sy tido lwt make sure Dy tido n x tggi suhu .

Kalau kita jerlum air asam jawa dgn kerap pada kepala, ketiak n kaki dia.. lepas tu oiling eo yl.. tapi biasa klu jerlum kerap air asam jawa tu inshaAllah kurang.. anak sy buat mcm tu je Alhamdulillah turun panas.. tpi kena rajin laa setiap setgh jam jerlum

betul tu sy pn buat Jerlumdgn air asam jawa.mmg turun panas tu.jerlum tu basahkan kain dgn air asam jawa lepastu lap kn ank pakai kain tu.

sy mandikan baby dgn air suam + perahan lemon sebiji. pastu kerap lap2 badan, dahi, ketiak dan kaki dgn kain basah (air + perahan lemon) sampai suhu dia turun.. kalau takde lemon, boleh guna lendir daun bunga raya atau daun lidah buaya.

TapFluencer

Kerap lap badan baby,selitkan kain basah dekat celah ketiak…mandikan baby ngan lemon + epsom salt + air suam,epsom salt bantu panas badan tu reda…

Blh buat tepid sponging dulu..

jerlum sis .

Soalan popular

Artikel Berkaitan