16 Balas

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g ni tentang nenas Seorang ibu hamil dah nak dekat due date. Dia tanya, “Dr Imelda, kalau saya nak cuba makan nenas, untuk induce labour, boleh tak?” Inilah jawapan saya: Saya tak pernah pun menghalang sesiapa pun makan nenas, dari sebelum hamil, permulaan kehamilan, pertengahan kehamilan, penghujung kehamilan, selepas bersalin atau pada bila-bila masa pun, selagi tiada allergy kepada buah nenas. Nenas itu salah satu dari buah-buahan berkhasiat. Inilah makanan semulajadi sihat kurniaan Allah. Nenas tak pernah berjaya digunakan untuk menggugurkan kandungan ibu hamil. Sudah ramai ibu hamil yang pada mulanya tak mahukan anaknya, pun dah kata mereka dah cuba makan banyak buah nenas pun tak berjaya gugurkan kandungannya. Mereka datang berjumpa saya di klinik kehamilan saya sebab berubah fikiran dan nak meneruskan kehamilan tetapi risau tentang anak di dalam kandungannya. Saya bagi kaunseling kepada mereka untuk meneruskan kehamilan mereka walaupun dah makan banyak nenas sebab ini tidak pernah memudaratkan anak di dalam kandungan dan makan buah nenas tidak menyebabkan apa-apa kecacatan kepada anak di dalam kandungan. Boleh makan buah nenas semasa hamil. Nenas tidak menyebabkan kelahiran pramatang. Ibu-ibu hamil yang melahirkan anaknya terlalu pramatang ada masalah Cervical insufficiency, bukan sebab dia makan buah nenas. Bila ibu-ibu hamil yang ada masalah Cervical insufficiency yang pernah kehilangan zuriat akibat kelahiran pramatang datang berjumpa saya di klinik untuk rawatan mencegah kelahiran pramatang, saya berusaha menyelamatkan kandungannya supaya sampai ke tahap yang matang. Kebanyakan kali kami berjaya dengan Rawatan yang terbukti berkesan. Saya tak pernah pun menghalang semua ibu-ibu ini yang berisiko tinggi dari makan buah nenas. Alhamdulillah kami berjaya juga sampai ke tahap yang matang dan berjaya melahirkan anak-anak yang sihat dengan rawatan. Nenas tidak pernah berjaya digunakan untuk induce labour. Sudah ramai patients saya yang dah overdue merungut, mereka dah makan nenas pun tak labour juga lagi dan datang ke hospital untuk induction of labour. Teringin nak makan nenas, makan je. Ada banyak khasiat dalam buah nenas. Saya tak pernah larang pun makan buah nenas. Yang saya larang ialah merokok, Vape, passive smoking, minum alcohol, minum ketum, hisap ganja, penyalahgunaan dadah, beli ubat-ubat sendiri untuk merawat sendiri, produk-produk overclaim, makan telur mentah, makan ikan mentah, makan daging mentah, minum susu mentah. Yang saya TAK galakkan ialah junk food, jajan, kek manis tiada khasiat, teh tarik penuh gula, makan berlebihan sampai tak ingat dunia...... Nak makan nenas, makan je. Nenas tak bersalah.

ni pula jawapan utk soalan tt tanya tentang air kelapa. doctor imelda explain. Suami kepada patient hamil tanya saya: “Doktor, isteri saya minum air kelapa takpe ke? Orang cakap tak boleh minum air kelapa.” Saya jawab: “Air kelapa tu minuman buah semulajadi berkhasiat, tak ada racun pun, dan bukan penyebab keguguran. Tak ada sebab tak boleh minum air kelapa semasa hamil atau selepas bersalin.” Saya tambah lagi: “Yang patut kena pantang ialah merokok. You merokok ke?” Isteri mengalihkan pandangannya ke mata suaminya. Suami patient kemudian diam dan angguk-angguk, tanda dia akui dia merokok. Saya pun berletiaq: “You nak suruh isteri you pantang minum air kelapa sebab you dengar kata orang, tapi you merokok??? You kena berhenti merokok. Yang ini lah racun yang boleh menyebabkan isteri gugur dan kematian bayi. Yang inilah pantang nombor satu. Yang ni orang tak cakap pulak ke? Kalau orang tak cakap hat ni, saya dah cakap.” Dengaq tau suami-suami yang masih lagi dok merokok, jangan jadi talam dua muka. Jangan suruh isteri berpantang makanan yang halal berkhasiat tetapi diri sendiri dok merokok. Saya doakan anda yang sudah berjaya menjauhi tabiat merokok di bulan Ramadhan kekalkan usaha ini selepas Hari Raya dan berhenti merokok buat selama-lamanya. Aaaamiiiinnnnn.....

saya hari hari minum air kelapa.. hari hari tanpa missed.. tapi yg takde gula.. yg ori.. dari awal dpt tahu kehamilan hingga ke 16w3d ni .. hmm.. memang tak missed.. hari hari minum sebiji sebab tuje yg boleh minum.. air manis lain nnt nak muntah..

boleh je minum. air kelapa bukan punca keguguran. boleh baca penerangan dkt page fb doctor imelda balchin pakar o&g. cuma posting tu awak kena search. sbb doctor rajin share info utk kita semua.

Boleh minum awak, jgn risau lahhh. Masa sy awal² kandungan pun sy minum air kelapa, paling best minum sejuk² 🤤🤤🤤 Beli yg ori tau tanpa gula yg itu lagi bgus.

sy awl² kehamilan sy dh minum air kelapa. mmg selalu and kerap minum air kelapa sbb mak sy kata air kelapa bagus. tapi minum yg Ori xbuh gula tau

Saya minum air kelapa time hamil 5 minggu lgi sampai lah 15 minggu xde apa2 yg belaku sbb tekak ni rasa nk minum air kelapa je 😂

saya dari awal mengandung mmg amalkan mnum air kelapa smpai nk bersalin..bby kluaq bersih jaa🤗

boleh sangat2, air kelapa bagus minum sepanjang pregnant. nanas pon boleh..

Sy pernah minum kelapa masa 1st trimester, anak ke 2, sbb kena kencing kotor smpai berdarah, alhamdulillah serasi. Lepas minum tu, sy xminum dah, smpai pertengahan trimester ke 2, baru minum 3x seminggu. 3rd trimester, mmg minum selalu, kadang smpai hari hari. Ini ikut petua lh, tp buat mcm ni masa anak 1st pun, alhamdulillah, proses bersalin sgt2 cepat & mudah, mak sy kata. Bagi sy, mmg sakit jugak lh 🥲 sbb xda pengalaman kn, i thought i had it worst but when i told my mom, dia kata, Alhamdulillah, proses tu sgt2 Allah bantu permudah 😭❤️❤️❤️ & utk nanas pula. Masa trimester ke 3, 2nd baby dah 3 kilo lebih waktu scan 36 weeks tp masih xde tanda tanda nak bersalin. & doktor sy dah pesan, klau 37 weeks masih x keluar lg, perlu admit lh sbb takut big baby, risiko tinggi sbb sy GDM masa tu. So sy makan byk2 nanas madu, sblum check up. Tawakkal, mudah mudahan ada turun tanda nak bersalin sbb mmg dah buat senaman apa smua sblum tu tp xde tanda lg. & waktu check tu, setengah jam selepas maka

Boleh. Takde masalah. Mitos je semua tu. Cuma berpada pada ok mummy🥰

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan