Tips menyusu dan pengalaman menyusu...

1) Zikir Ya Matin- ambil segelas air. Mulakan dengan bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak. Surah Al-Hujurat- ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersikap berhati-hati. 2) Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif je yang sampai pada anak. Dan membantu membentuk peribadi anak yang baik. 3) Jika di dalam pantang, di galakkan untuk ibu2 yang bersalin normal untuk susukan dengan cara duduk. Kerana di waktu pantang, rahim ibu di dalam proses pemulihan dan duduk semula di tempat nya. Jika ibu menyusu dalam keadaan baring, rahim dengan mudah akan berada di sebelah yang ibu baring. Ia akan membawa kesan pada kesihatan lain setelah habis pantang. Atau makan waktu untuk nampak kesannya. #TAPx59S

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!