Syaa Ismail profile icon
GoldGold

Syaa Ismail, Malaysia

Contributor
My Orders
Posts(4)
Replies(34)
Articles(0)

Pengalaman GBS+

Salam semua. Saya selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 15/1/2020 dgn berat 3.05kg pada pukul 11:37pm secara normal. Nak cerita pengalaman saya kena GBS. Semua tahu kan GBS tu ape? Dan ape akibat kena pada bayi bila bersalin nanti. Saya kena diagnosed GBS+ masa 5 bulan pregnantkan anak saya. Sebelum kena GBS, saya dah kena infection keputihan iaitu Candida Albicans. Candida akan dtg bila saya stress atau hormon tak stabil. Tapi masa 5 bulan pregnant tu tiba2 keputihan saya banyak sgt. So decided pergi jumpa doc. Doc takut saya kena GBS so dia buat swab test sambil explain kat saya apa tu GBS dan ape akan jadi pada bayi. Tunggu result 2 weeks, lepastu sah saya kena GBS. Sedih. Saya tahan nangis masa depan doc. Masuk je kereta, berderai air mata sbb risaukan anak saya. GBS tak bahaya pada ibu tapi amat bahaya pada bayi. Once air ketuban dah pecah, infection tu akan terus kena pada bayi sbb bayi bernafas so benda tu ikut sekali. Bila kena infection ni, macam2 bayi akan kena. Macam2 penyakit. Risau tak? Mesti kan? Selama 4 bulan sebelum bersalin, saya duk google baca review orang kena GBS. Rata2 semuanya bad review. Good review tu certain je. Risau, sedih, semua ade. Sedar2 je meleleh air mata. Doc cakap kalau takde labour sign, kena induced sbb saya ade GDM. So 15/1/20 pagi kena induced. Pukul 10 lebih dah start contraction. Selama 11 jam bertahan. Masa 6cm, doc nak pecahkan ketuban tapi kuasa Allah. Tak dapat sbb ade budging. Mungkin keputihan yg terlalu banyak. Jadi bertahan lah sehingga betul2 rasa nak teran. Kebetulan, suami ade sekali. Dia jadi bidan terjun dgn bidan sambut anak kami. Saya tak sedar rupanya, saya lahirkan anak dalam ketuban. Bidan tak pecahkan. Alhamdulillah syukur. Kalau tak... Habis la anak saya kena admit NICU. Cuma kami berdua kena tahan 48 jam utk tengok kalau2 anak saya jadi pape. Lagipun anak saya kena jaundice. Alhamdulillah kuasa Allah juga, jaundice dia rendah dan boleh discharge. Tak perlu tunggu 48 jam pun. Tapi tengok doc jugak. Pape pun. Berdoa. Allah dengar doa kita cuma cepat atau lambat je. Fikir. Benda yg terjadi ni mesti ade hikmahnya.

Read more
 profile icon
Write a reply