Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mom of Maryam Safa and Seif Ibraheem ❤
Anak jatuh katil
Nak tanya, kalau anak jatuh katil, ada simptom muntah tu mcm mana ya? Muntah banyak ke luak? Anak saya 9 bulan jatuh katil, lepastu aktif mcm biasa, mkn minum semua okay cuma saya risau dia kerap luak susu and makanan dia. Maksudnya, setiap kali minum akan luak sikit. Kdg tu lepas 2 3 jam minum pun akan luak. Dia takde lebam ke bengkak cuma after jatuh tu dia pucat, lepastu mcm pening, dia terus tidur. Check doctor, ckp kepala takde apa. Risau part luak ni pula 😔
Sakit perut ke?
Anak saya 6 bulan and baru start makan. Saya bagi bubur nasi sahaja, 2 kali sehari selepas sejam menyusu. Bila malam je, dia start kentut². Dia berak mcm biasa. And najis pun okay. Cuma kentut berlebihan pula saya rasa 😅 Ada kemungkinan dia sakit perut ke? Bila nak tidur malam, awal tu mesti dia naik2 kan punggung dia mcm xselesa (dia mmg tidur meniarap). Siapa ada pengalaman sama?
Rambut anak gugur
Salam semua, nak tanya pendapat atau sesiapa blh kongsi pengalaman. Anak saya baru masuk 3 bulan. Selepas bercukur (guna machine shaver), rambut banyak gugur atas cadar. Time mandi pun sama. Bila tanya nurse, takde respon yg memuaskan hati. Cuma saya belum tanya doktor je lagi. Normal ke ya? Risau juga sebab hari² gugur. Oh ya, anak saya kuat berpeluh. Mungkin cuaca, atau mungkin dia memang jenis kuat peluh.
Masih pakai pad dan berbau
Salam semua. Saya first time bersalin normal (sudah 41 hari) dan ada jahitan dubur sbb koyak. Check dgn doc, semua (vagina dan dubur) ok. Cuma saya ada rasa nyilu juga dibahagian vagina. Tapi, saya masih pakai pad smp skrg sebab masih ada kotoran dan berbau. Saya tak sure kalau itu keputihan. Kdg kala ada setitis darah juga. Adakah berkemungkinan pantang tak betul? Saya pantang sendiri. Kdg tu cheat juga, minum coffee 😥 Atau normal?
Ketidakselesaan perut
Dah 16 weeks ni start rasa xselesa. Rasa mcm baby menekan kt atas ari² sbb sering rasa nak buang air kecil. Dan belakang start sakit. Normal ke eh? First pregnancy tak rasa semua ni 😥 Yang 2nd ni pula rasa.
Hospital Shah Alam atau Putrajaya
Salam semua. Boleh share tak atau suggestion, yg mana perlu saya pilih? Dilema 😥