Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Momsy of 4 naughty prince
Pengalaman bersalin anak kelima 9/2/2020
Anak perempuan saya lahir normal di usia kandungan 37m 4hari. Dr di kkia istilahkan baby saya premature high risk, Dr di hospital pula kata baby saya medium risk (berdasarkan darah saya O dan anak4 sebelum ni juga jaundice). Sepanjang mengandung hb saya ok, tiada gdm. Pengalaman bersalin di hospital daerah di perak tengah, memang mententeramkan saya, jarak dari rumah lebih kurang 7km sahaja, berbanding 4 anak sebelum ini bersalin di hospital besar-jarak 40km, sibuk dengan Dr lelaki dan Dr perempuan silih berganti keluar masuk bilik bersalin, dan juga sekumpulan Dr-Dr pelatih memegang pen dan buku nota masing2 menyaksikan detik2 saya sebelum bersalin. Di hospital daerah ini, sunyi, hanya 4orang (1matron dan nurse(2orang) dan 1staff nurse) sahaja menyambut baby Dina saya. Memang matron maklum bahawa di hospital tersebut hanya gentle birth, tiada epidural, tiada sedut oxytoxcin dan tiada induce. Alhamdulillah, saya bernasib baik boleh bersalin normal dan bukaan jalan juga cepat dari pukul 9pg 3 cm, hinggalah 1230 tghari baby Dina lahir, buat pertama kalinya tiada koyakan perineum! Nurse4 sangat membantu mententeramkan ibu bersalin, mengajar untuk tarik nafas dalam2, lepaskan secara perlahan2 setiap kali datang kontraksi kuat. Meskipun hospital daerah ini sunyi sepi dalam kawasan kampung, rupa2nya pada pendapat peribadi saya yang kebetulan tiada masalah kesihatan, sangat membantu untuk bersalin dengan tenang dan aman. Kesimpulannya bersalin meskipun sakit amat (sudah 5kali mengalaminya), tapi bila betul tekniknya, segalanya menjadi mudah dan indah untuk dikenang sampai bila2.