Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mom of a son and a new baby coming on Jul 2022
Perlu berpantang tak bila gugur?
Kandungan saya genap 6w harini tapi Allah lagi sayangkan kandungan saya, saya gugur petang tadi. Doc cakap kantung semua dah turun, tunggu lagi 2w nak check balik samada dah turun habis ke belum, kalau tak habis nanti kena cuci. Rahim tak kuat, lama sangat jarak 2nd pregnancy ni. Mungkin belum rezeki saya, saya redha 😊. Persoalan saya perlu tak saya berpantang? Saya tanya mak, mak saya tak tau, dia tak ada pengalaman bab2 gugur ni. Sesiapa yang ada pengalaman mungkin boleh share dengan saya. Terima kasih.
Perlu ke pergi klinik double confirm
Saya check upt naik double line. Kira2 dah 5w. Perlu ke saya pegi check kat klinik untuk double confirm? Kalau scan pun tak nampak apa2 lagi kan? Ke nak tunggu buat buku pink je nanti? Terima kasih atas jawapan. Lama sangat jarak pregnant, 6 tahun, lupa semua dah 😂
Pembukaan buku pink
Ni 2nd pregnancy saya selepas 6y. Banyak perkara yang dah tak ingat during pregnancy period. Kandungan berapa minggu saya boleh ke klinik kesihatan untuk membuka buku pink ye? Terima kasih.