Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekiranya kandungan sudah masuk 9 bulan , 37 minggu 1 hari..adakah perlu ambil HB lagi di klinik kesihatan kerajaan? Sebab baru ni saya ada tanya juga nurse, dia cakap kalau 9 bulan, tak perlu ambil lagi Hb tetapi kena datang check up 1 minggu sekali, check up 1 minggu kena ambil Hb juga ke? Sbb saya keliru sikit😅.Saya baru pertama kali jadi saya nak tahu lebih lanjut daripada orang-orang berpengalaman. #bantusharing #ingintahu #firstmom #firstbaby #pleasehelp
Read moreKRIM YANG TERBAIK UNTUK HILANGKAN PARUT DI PERUT
Assalamualaikum dan salam sejahtera, maaf saya mengganggu ada sahabat saya kongsikan petua semasa hamil, dia cakap selalu sapu krim untuk hilangkan parut perut sbb perut kita akan membesar dan menegangkan kemungkinan akan menimbulkan garis-garis di perut.Bolehkah saya tahu apakah krim yang sesuai digunakan semasa hamil. Di samping itu, saya juga risaukan keselamatan baby dalam kandungan saya. Saya berharap agar ada yang sudi membantu saya. Terima kasih saya ucapkan. #pleasehelp #firstbaby #ingintahu #firstmom #bantusharing
Read moreAssalamualaikum dan salam sejahtera, betulkah ibu-ibu hamil semasa trimester 1 akan rasa sembelit? Saya minggu 5 hari kedua baru rasa, asyik nak ulang pergi tandas je..tpi kadang risau juga takut saya sahaja yang alami situasi ini. Ibu-ibu yang lain pernah alami tak?🥺#ingintahu #firstbaby #pleasehelp #firstmom
Read more