Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Tidur malam bayi
Macam mana ye nak buat bagi bayi tidur bawah bila waktu malam? Bayi saya baru sebulan. Tapi dia susah tidur bawah. Dia akan nangis kalau saya letak dia kat bawah. Walaupun saya dah berdiri dodoikan dia dalam dukungan saya, dia dah tidur, saya letak kat bawah dalam 5 minit mesti nangis terjaga. Bedung pun jadi macam tu, tak bedung pun jadi macam tu. Pampers dah tukar, susu dah bagi, perut dah urut, sendawakan dah. Semua kira dah buat. Tinggal nak tidur je. Tapi dia takmau tidur bawah, dia akan nangis. Kesudahannya saya letak dalam buai je.
Sakit punggung lepas bersalin
Alhamdulillah semalam jumaat 11/11 saya dah selamat bersalin normal anak first. Tapi ada tak ibu ibu kat sini, lepas bersalin sakit punggung? Nak duduk sakit punggung bahagian belakang. Tanya nurse dengan doc, depa cakap normal sebab meneran teruk sangat. Tapi bila tanya pengalaman kawan kawan, takde pulak yang sakit punggung. Ibu ibu ada tak yang sama dengan saya?
Bila agaknya bersalin?
Scan 36minggu doc cakap kepala baby dah betul betul kat laluan & takboleh gerak gerak dah, lepastu saya tanya, “tinggi ke?” & doc cakap, “takde tinggi tinggi dah memang dah betul kat bawah tu kepala dia takboleh ke atas dah”. So persoalannya sekarang, kemungkinan akan bersalinnya tu jangkaannya bila ye? Saya confuse sikit first time mummy kan 😅
Bocor air ketuban
Semalam ada air keluar setompok besar sikit dari size 50 sen. Cecair jernih dan tak berbau. Tapi sekali tu je keluar, lepas dari tu tak keluar dah. Movement baby okay je. So rasa rasa okay ke macam tu? Perlu ke saya risau huhu. Kandungan 33weeks4days.