Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Love Children
Nipple Confuse
Baby saya jaundice sehingga pernah masuk NICU. Jadi saya ada menggunakan botol susu sepanjang anak jaundice. Saya beri juga direct BF. Tapi dua hari ni, baby reject direct feeding dan macam lebih suka guna botol. Dia akan menangis kuat masa bf, tp bila suakan puting botol, terus laju sedut. 😢 Alhamdulillah susu saya banyak. Dapat total 3-4onz sekali pump. Tapi kalau tak direct feeding lama2 bimbang susu turun. 😭 Mommies ada nasihat tak untuk masalah saya ni? Macam mana nak bagi baby nak direct feeding dengan kita semula.
Boleh ke travel masa tengah mengandung?
Saya nak tanya, saya dah booking untuk pergi umrah tahun ni. Sebulan lepas booking baru tahu saya pregnant. Bila buat perkiraan, saya akan travel dengan kandungan masa tu week 28-29. Boleh ke ya? Apa persediaan dan procedure saya kena ready?
Benjolan Pada Payudara Ketika Menyusu
Assalamualaikum. Saya ada soalan Situasi:Masa baby 1-2 bulan, baby tolak bila saya beri nenen belah kiri. Dia lebih selesa di belah kanan. Mungkin juga kerana saya kekok memegangnya belah kiri menyebabkan dia jadi tak selesa menyusu belah kiri. Macam2 cara dah buat supaya dia mahu terima, tapi menangis jd makin kuat. Tapi sekarang baby dah 3 bulan, dia dah pandai dan mau minum pada kedua2 belah. Soalan: 1. Saya dapati saiz belah kiri dan kanan saya berbeza. Normal ka? Adakah ia akan normal balik (sama saiz) 2. Saya dapati ada ketulan/benjolan dekat dengan puting belah kiri sejak 6 minggu. Saya cuba tuam n picit2 tapi tak hilang. Benjolan tu tak rasa sakit. Itu clogged duct ke atau benda lain? Saya baru jadi ibu, masih banyak perkara belum mahir. Baru merasa pengalaman menyusukan anak. Benjolan yg muncul pada belah kiri saya buat saya jadi takut kalau2 ia termasuk dlm kategori cancer (nauzubillah >.
Lidah Baby
Lidah baby mcm ada kesan susu. Perlu dibersihkan ke dan bagaimana caranya? Baby baru 1 bulan
Baby Membuat Bunyi Ketika Tidur
Adakah normal baby membuat bunyi-bunyi macam berdehem, atau meneran atau bunyi-bunyi seolah tengah geram ketika tidur? Kerap pula tu. Baby membuat bunyi-bunyi tu ketika dia menggeliat. Nampak macam baby tak selesa, tapi tak pula dia terjaga dan menangis.