Hai , saya bersalin 28weeks . Sekarang anak di NICU dah 28 hari. Sekarang masih dlm pantaun Doktor. Masih bergantung pada mesin oksigen, ada jangkitan dlm darah dan pendarahan di kepala. Ada ke obu ibu di sini ada pengalaman utk baby pramatang . Susu badan saya sekarang memang saya pump. Persoalan saya : 1) Normal ke setiap kali pump saya dapat 2oz? Saya tahu perlu pump 8 kali sehari . Tapi saya cuma pump 6 kali sahaja. 2) Macam mana ibu ibu simpan susu utk qty yang sikit(30ml ke bawah) utk baby pramatang. Saya sekarang simpan 2oz dlm storage bag. Nurse galakkan cari storage yg kecik utk elakkan susu boleh terdedah jika storage susu besar. Anak saya cuma boleh minum 3cc/6cc/9cc/10cc mengikut kesesuaian usus. 3)Pampers pramatang ada tak yg murah. Sekarang yang ada saya jumpa jenama mamypoko sahaja. Harga Rm 19.00- 23.00 yang paling murah saya jumpa. Terima Kasih jika boleh bagi pendapat.#Needadvice #firstmom #28weeksbaby
Read more

