MmyAreynna Clara profile icon
SilverSilver

MmyAreynna Clara, Malaysia

Kontributor

About MmyAreynna Clara

Domestic diva of 1 rambunctious prince

My Orders
Posts(2)
Replies(31)
Articles(0)

Pesan Doc.. Ilmelda

Tadi saya sudah bagi anda ilmu pengetahuan bahawa ibu hamil tidak perlu 3D scan untuk memantau janin di dalam kandungan. Tetapi jika anda ada duit, carilah doktor atau juruscan (ultrasonographer) di klinik swasta yang ADA KELAYAKAN & KEMAHIRAN dalam Advanced Fetal Ultrasound Scan, untuk membuat DETAIL ANATOMI SCAN di antara 18 hingga 22 minggu kehamilan. Tak payah buat 3D scan. 2D scan selalunya digunakan untuk detail scan. Tujuan 2D detail scan ini ialah untuk mengenalpasti jika ada kecacatan janin yang serious. Ini bukan hanya scan untuk mengukur pembesaran janin dan kedudukan uri, tetapi mengkaji dengan lebih terperinci bahagian otak, jantung, tulang belakang, buah pinggang dan sebagainya. Tak payah pun 3D scan. Untuk pengetahuan anda, bukan semua ibu hamil boleh mendapat perkhidmatan detail scan ini di klinik kerajaan, kerana tidak ada cukup kakitangan terlatih dalam bidang ultrasound janin secara terperinci. Kebanyakan doktor di klinik mengandung ada kemahiran scan untuk mengukur pembesaran bayi dan kedudukan uri tetapi untuk mengenalpasti kecacatan janin, pakar-pakar sakit Puan (pakar O&G) memerlukan lebih training atau latihan ke tahap advanced fetal ultrasound atau Fetal Medicine selepas mereka menjadi pakar. Oleh itu hanya ibu berisiko tinggi sahaja mendapat rujukan kepada Pakar Fetal Medicine yang ada kemahiran untuk membuat detail scan (ini bukan saja pakar O&G tetapi pakar O&G yang ada kelayakan subspecialty Fetal Medicine), tetapi ibu-ibu lain tidak semuanya mendapat perkhidmatan ini sebab tidak ada Pakar Fetal Medicine atau juruscan berkelayakan untuk membuat detail scan di semua hospital. Bila anda mendapat perkhidmatan scan di klinik, tanyalah adakah ini scan pembesaran janin saja (growth scan) atau adakah ini detail scan. Jika doktor anda kata anda hanya mendapat growth scan, anda boleh memilih membuat temujanji di klinik swasta yang memberi perkhidmatan 2D detail scan daripada pengamal kesihatan yang ADA KELAYAKAN advanced fetal ultrasound scan (sama ada doktor atau juru scan). Jangan lupa, masa yang terbaik untuk 2D detail scan ialah di antara 18 hingga 22 minggu kehamilan dan anda hanya patut buat sekali dalam seluruh kehamilan. Jika anda mendapat detail scan di klinik swasta, anda patut meminta lapuran rasmi Ultrasound scan yang membutirkan semua organ yang dipantau, iaitu otak, muka, dada, jantung, abdomen, buah pinggang, tulang belakang, kaki tangan, saiz janin dan kedudukan uri, dan anda simpan lapuran ini. Untuk pengetahuan anda, doktor tidak boleh menyatakan janin anda sihat. Doktor hanya boleh kata pembesarannya normal atau tidak. Doktor hanya boleh kata ada kecacatan yang serious atau tidak (hanya jika anda dapat detail scan). Doktor tak boleh memberi anda pengesahan bahawa janin anda sihat melalui Ultrasound scan saja. Sebagai contoh, janin Down Syndrome boleh kelihatan normal tanpa apa-apa kecacatan dalam scan. Kanak-kanak autisma juga kelihatan normal dalam scan di dalam kandungan. Masalah pendengaran atau penglihatan ialah dua lagi contoh yang tak boleh dikesan melalui Ultrasound scan. Ada pelbagai masalah kesihatan, sindrome atau penyakit yang tidak boleh dilihat melalui scan di dalam kandungan dan hanya boleh dikenalpasti selepas lahir. Sebab inilah semua bayi selepas dilahirkan mesti mendapat perkhidmatan ‘Baby check’ sebelum pulang ke rumah dari hospital bersalin. Hanya pembesaran, kedudukan uri, kecacatan serious boleh dilihat melalui scan. Sebab itulah saya mengajar pegawai perubatan saya memberi maklumat yang betul dan tepat kepada ibu yang hamil. Untuk doktor-doktor, berilah maklumat yang betul apakah scan yang anda buat, sebagai contoh, “Ini scan pembesaran janin, bukannya detail scan” supaya ibu-ibu tahu scan itu untuk tujuan apa. Jika anda hanya buat growth scan, berilah maklumat yang tepat, “pembesaran janin ini normal”, tetapi anda tak boleh bagi jaminan bahawa bayi ini berfungsi dengan normal sehingga selepas ia dilahirkan, jadi, jangan buat andaian dan kata “Baby normal.” Jika anda buat detail scan, berilah juga maklumat yang betul dan tepat, sebagai contoh, “Tiada kecacatan janin yang serious.” Jangan kata bayi ini normal atau memberi jaminan bayi ini sihat, sebab technologi Ultrasound scan adalah TERHAD. Selepas saya buat detail scan, ibu-ibu akan tanya saya, “Bayi saya sihat dan normal kah?” Saya akan jawab, “Pembesaran bayi anda adalah normal dan tiada kecacatan yang serious. Ultrasound scan tidak boleh memberi anda jaminan lebih daripada itu. Hanya bila bayi sudah lahir dan membesar, barulah ibubapa akan tahu jika anak mereka berfungsi dengan normal” (Normal developmental milestones) Gambar yang dilampirkan adalah kecacatan yang ditemui semasa 2D detail scan. Ibu hamil akan di rujuk untuk bersalin di Hospital Besar kerajaan atau Hospital Universiti dimana terdapat kemudahan pembedahan kepada bayi yang baru lahir dan rawatan rapi intensive care. Saya harap pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.

Read more
VIP Member
 profile icon
Write a reply