Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami adalah new parents kepada puteri sulung yang berusia dua bulan. Baby kami ada mild eczema selepas check dengan doktor. Doktor beri ubat sapu tapi limited usage sebab mengandungi steroid. Lotion pun kami guna yang diberi oleh doktor. Kami dah tukar jenis sabun sebanyak 7 kali antaranya cetaphil, sebamed, johnson's baby, nivea baby, anakku. Sekarang guna Suu Balm baby. Tapi still naik merah di pipi. Ada cadangan daripada senior parents selain sabun dan lotion, cara terbaik untuk atasi/kurangkan eczema? Mungkin dari segi pemakanan, apa makanan biasa yang perlu ibu cuba elakkan? Terima kasih kepada yang sudi jawab. Moga kita semua diberkati. #firstbaby #pleasehelp #ingintahu
Read moreMy Orders