Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Got a bun in the oven
Bukan rezeki kali ini :')
Semalam saya ada post gambar bleeding after 5 weeks pregnant, harini dah gugur. Bukan spotting rupanya turun darah. Sekejap sahaja Dia bagi pinjam, rasa kejap. Insha Allah akan ada rezeki lain nanti. Terima kasih mommies semua yang dah beri respond dan kata semangat. Jumpa lagi :')
Cramp period or pregnant?
Hi bakal mommies! Nak tanya, semalam pergi scan dekat klinik untuk confirmation pregnant sebab dah 3 hari lewat and upt naik double line tapi samar2. Bila scan, doc nampak macam ada 2 kantung, tapi blurry. Dia tanya ada fibroids ke? Saya terkejut sebab last time scan doc kata rahim saya cantik normal. So dia pun tak sure sama ada tu kantung atau fibroids (hopefully kantung lah). Doc kata it's too early to judge and minta saya tunggu lagi 2 minggu untuk datang scan semula sebab kandungan sekarang baru 4minggu 3 hari. So hari ni dah hari ke 4 lewat period, but tetiba bawah perut (ari-ari) rasa tak selesa on off. Kadang rasa macam cramp, kadang rasa cucuk. Bila check tak ada darah. Bakal ibu yang lain ada rasa macam ni tak?
Positive covid & positive pregnant
Bangun pagi semalam tekak rasa sakit dan mula selesema. Hari yang sama saya lewat 2 hari period. Petangnya saya terus test covid dan upt sendiri di rumah. Test kedua-duanya naik positive. Rasa happy ada, rasa sedih pun ada. Happy sebab penantian 3 tahun kami akan berakhir dengan kedatangan malaikat kecil dalam perut saya. Tapi sedihnya bila saya covid pula. Sekarang demam terus, badan jadi lemah selemahnya. Nak pergi klinik nanti lain pulak jadinya gara2 covid, tapi saya nak juga confirmation dari doctor tentang kandungan saya ni 😭